Wednesday, July 10, 2013

Jabhah Ulama Al-Azhar desak Syeikhul Azhar letak jawatan

MESIR: Penentangan terhadap tentera dan sekutunya yang melakukan rampasan kuasa ke atas Presiden Dr. Mohamad Morsi terus terus meningkat termasuk dari golongan ulama Al-Azhar.

Terbaru, tekanan terus diberikan dan kali ini datang dari kelompok Jabhah Ulamak Al-Azhar iaitu badan terkemuka yang menghimpun ulama’ Al-Azhar.

Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush ketika menyampaikan pidato di Dataran Raba'ah malam tadi dengan nada tegas menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Mosi sebagai Presiden dan menolak rampasan kuasa.

Beliau juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib yang menyokong rampasan kuasa yang dikepalai Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

Beliau meminta Syaikh Al Azhar meletakkan jawatan serta merta dan menegaskan bahwa Morsi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

Sementara itu, seorang lagi ulamak Dr Abdullah Barakat yang merupakan Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar turut mengecam keras tindakan Syeikh Al-Azhar.

Beliau berkata, Morsi merupakan seorang presiden yang adil, dan Dr.Ahmed Toyyib telah melakukan kesilapan dalam pendiriannya terhadap Presiden.

"Tidak boleh menyamakan presiden yang dipilih oleh rakyat itu adalah merupakan seorang yang adil dan amanah dengan gelaran 'orang zalim yang telah diguling'," katanya ketika berucap di pentas himpunan Dataran Raba'ah malam tadi.

Beliau juga turut menyeru seluruh rakyat termasuk Sheikh Al-Azhar agar membuat penilaian dan perbandingan antara Mesir sebelum Revolusi 25 Januari 2011 dan 30 Jun 2013 untuk mengetahui perbezaan antara Presiden yang dipilih rakyat dan Presiden yang ditolak. Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular