Monday, July 8, 2013

Mursi melarikan diri ke luar negara

Tajuk itu adalah mengarut. Begitu juga dengan berita yang tersebar yang menyatakan bahawa General Abdel Fatah al-Sissi kononnya telah berunding dengan Mursi, meminta beberapa syarat bagi keselamatan diri dan kuncu-kuncunya untuk lepas lari keluar dari Mesir.

Dan berita yang kononnya ElBaradei kononnya telah lari ke negara Arab Saudi adalah juga ternyata adalah karut semata-mata.

Ini terbukti bila mana ada laporan yang menyatakan ElBaradei telah dilantik menjadi Perdana Menteri Interim Mesir. Ikuti beritanya berikut :



Seorang pegawai kanan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwan Muslimin berkata, beliau menolak pelantikan Mohamed ElBaradei (gambar) yang dijangka sebagai Perdana Menteri interim Mesir.


Encik ElBaradei dijangka akan disahkan dalam jawatan tersebut hari ini. Beliau memberitahu Reuters pada perhimpunan Islam di utara Kaherah, "Kami menolak rampasan kuasa ini dan semua hasil daripada itu, termasuk ElBaradei".

ElBaradei adalah antara kalangan pemimpin liberal yang menentang Presiden Islam Mohamed Mursi, yang disingkirkan oleh tentera pada Rabu lalu. Penggulingan mendorong bantahan ganas di seluruh negara.

Sementara itu gabungan kumpulan pro-Islam menyeru demonstrasi di seluruh negara yang akan diadakan pada hari Ahad. Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera dalam pertempuran pada hari Jumaat lal.

Berita terbaru di sini menyatakan parti Nour Salafi yang merupakan salah satu kumpulan yang menyokong kuat ElBaradei dalam kempen menjatuhkan Mursi, telah mengancam untuk menarik sokongan mereka terhadapnya, jika ElBaradei terus juga merelakan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri Interim Mesir.Perkembangan terkini, ElBaradei sudah tidak jadi pula dilantik! - alhusseyn51

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular