KUALA LUMPUR 9 JULAI : Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.
Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.
“Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.
“Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.
Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.
Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.
“Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.
“Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.
“Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,” katanya.
“Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya.
Kerajaan akan rugi RM163 juta atas pinjaman mudah NFC...
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meminta penjelasan berkaitan cara kerajaan merancang untuk mendapatkan semula RM163 juta daripada pinjaman RM250 juta yang diberi kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengarah Strategi PKR itu, berkata kerajaan perlu mencari jalan untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan berikutan NFC tidak lagi beroperasi.
Beliau berkata kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi kepada pengarah NFC sekali gus merujuk kepada ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rafizi berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai syarikat baru yang akan mengambil alih projek NFC tetapi tidak melangsaikan hutang RM250 juta.- 9 Julai, 2013.
“Dalam Dewan Rakyat, saya bertanya jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.
“Menteri Kewangan jawab, kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya sudah dirampas dan operasi NFC dihenti sepenuhnya sejak akhir tahun lalu,” katanya.
Rafizi menganggarkan nilai harta yang disita dari NFC setakat ini ialah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas).
“Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta diserah kepada NFC, bermakna dari RM250 juta pinjaman kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan.
“Saya tidak menimbulkan isu ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasa untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarahnya,” katanya.
Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan operasi NFC akan diteruskan oleh usahasama Malaysia-Jepun dengan menggunakan dana mereka tanpa mengambil alih pinjaman mudah RM250 juta yang diberi pada 2008.
The Malaysian Insider difahamkan, Kirimitonas Agro Sdn Bhd mendapat kelulusan menguruskan pusat penternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan selepas beberapa bank sedia mendanai projek yang pertama kali diberi kepada keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat. –malaysian insider
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment