Monday, January 30, 2012

Isu KUIN : Terdapat campur tangan Umno - Presiden PAS

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin
Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin
GOMBAK- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu, terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau. -Harakahdaily


PS :  SAYA setuju dengan kenyataan Tuan Presiden PAS. Tidak terfikir kah dik AKAL kita yang CERDIK sebagai PENYOKONG Pakatan Rakyat dengan suasana yg TERCETUS sekarang menjelang PRU 13???.. 


Para Blogger dan Pencacai  UMNO hanya BERSORAK melihat KITA bercakaran sesama sendiri.. mereka tak payah membuat FITNAH atau Provokasi dalam blog2 mereka untuk memecah belah PERPADUAN Pakatan Rakyat.. cukup dengan "menyucuk "JARUM HALUS" membuatkan kita menggelupor tak tentu hala.. 


Isu Dr Hassan ALI di Selangor (Klik SINI ,dan SINI ), Isu KUIN di Kedah (Klik    SINI dan SINI), Isu  "cauvinis" di Pulau Pinang [ Klik SINI ] dan seterusnya tidak terkecuali KELANTAN bakal menyusul  [Klik SINI dan SINI ].. 


Ada kah ANDA yakin PAKATAN RAKYAT dapat mengekalkan PEMERINTAHAN di negeri2 tersebut berdasarkan suasana SEKARANG??? 


Tindakan KITA sebenarnya memudahkan UMNO/BN memberi penumpuan  sepenuhnya SERANGAN terhadap KETUA UMUM PAKATAN RAKYAT (Klik SINI dan SINI) manakala yg lain nya TANPA SEDAR telah diambil alih oleh KITA sendiri ( Klik SINI dan SINI )...

Saya yakin ISU2 ini akan di MANIPULASI oleh UMNO/BN didalam KEMPEN jika PRU 13 diadakan dalam masa terdekat.. (Klik SINI , SINI dan SINI)

Fikir2 lah jika ANDA ingin melihat PAKATAN RAKYAT terus KEKAL berkuasa di 4 negeri berkenaan HATA menawan PUTRA JAYA. Wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular