Sunday, January 29, 2012

Isu KUIN : Hanya komen pembaca ku siarkan...

SUMBER GAMBAR
Di Bawah ni saya "PASTE" kan komen2 dari pembaca :

kawatJan 28, 2012 04:58 PM
Dah nampak sangat jarum beracun kepuyaan dajjal dari kalangan pelajar terbabit telah mengenai para blogger dan pendokong PR sendiri.

Senang2 saja dipermainkan oleh pelajar2 terbabit dan dah banyak info menyatakan jerat dipasang untuk memporak-porandakan KUIN dan PR Kedah tapi masih mempercayai bebudak tu. Kau orang tak perasan ke puak2 sebelah sana tu senyap je dalam isu ini...sebabnya bebudak ni le askar mereka dan jangan lupa dalam KUIN sendiri juga terdapat kalangan kakitangannya yang menjadi gunting dalam lipatan. Ada antara pelajar terbabit adalah anak pendokong PR sendiri tapi masih membiarkan diri mereka terperangkap dengan mainan licik oleh pelajar yang pernah disingkir oleh beberapa IPT lain sebelum masuk ke KUIN...masalahnya terus dilantik jawatan dalam MPM. AUKU memang sial tetapi yang saya nampak tindakan akta tersebut perlu berjalan mengikut prosedur agar tidak terikut dalam mainan politik kotor pihak tertentu bagi menyelamatkan KUIN dan PR Kedah. Dari awal lagi PR Kedah di pancing untuk mencampuri urusan pentadbiran KUIN... inilah yang sangat2 dikehendaki oleh pihak sebelah sana..fikir2lah dan siasatlah betul2 agar tidak termasuk dalam jerat yang tak kenal mangsa.
Balas

Tanpa NamaJan 28, 2012 05:52 PM
takkan kita yang cerdik ni takleh beza antara perkara yang dah diperundangkan dengan manifesta ketika nak memerintah nanti..bila pimpinan umno campurtangan kat Univ kita marah sangat tapi bila kena kat kita kita pulak suruh campurtangan..yang puak PKR lak asyik suruh PAs ambil tindakan je..kalau puak dia buat ada PAS buat camtu?PAS ni dah senior la..dah banyak pengalaman..jangan dengar la cakap kangkong tu
Balas

Tanpa NamaJan 28, 2012 06:17 PM
Saya ni bukanlah kuat sangat orangnya dalam arena berpolitik tetapi bila baca komen-komen diatas rasanya orang melayu kita ni bila berpolitik agak terkebelakang sebab masih tidak tahu membezakan undang-undang mutlak dari Tuhan dengan undang-undang ciptaan maknusia , fikirlah sendiri jika hendak mencari tempah nama , musuh kita sentiasa siap siaga menanti kealpaan kita
Balas

1CronyJan 28, 2012 07:10 PM
Ust. Azizan Abd Razak ini sebenarnya pemimpin yang baik, tapi kadangkala kepala angin, ego dan tak boleh ditegur. Selain dari menyanjung Mahathir dan status bersongkok tinggi (geng UMNO), beliau juga ingin dilihat kelainan dalam gaya personal dan pentadbiran. Pernahkan anda lihat pemimpin PAS lain yang mengeluarkan kata-kata kasar dan menengking kepada wartawan (selalu sangat)? Beliau adalah orangnya.... PAS sebenarnya amat terguris dengan para pemimpin mereka yang berkelakuan sebegini, cuma mereka hanya tunggu musim PRU sahaja untuk memperbetulkan keadaan....Ingat! Presiden PAS sendiri pernah meninggalkan parti itu suatu masa dahulu dan ramai yang telah belot apabila melihat kilauan harta dan emas di hadapan mata. Oleh itu "berkatalah benar walaupun ianya pahit", kerana Rasullulah SAW pun sentiasa berkata benar.
Balas

Tanpa NamaJan 29, 2012 12:34 AM
benda dah bawa ke mahkamah..sabar jelah...bebudak u yg aku menyampah ..masa dalam u berkokok bukan main...bila dah terjun ke dunia luar dan kerjaya ..idealisma lintang pukang jadinya...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular