Maka 18 orang tersebut membuat penafian sekeras-kerasnya mengenai dakwaan bahawa mereka adalah peminum tegar air ketum. Serikandi tak mau komen apa-apa tentang mereka 18 orang ni. Rasanya ianya bukan hal Serikandi cuma yang Serikandi nak komen dan kaitkan isu ni mengenai perkara yang lebih besar dari minum air ketum.
Kalau dah tindakan tegas kepada peminum air ketum boleh dibuat maka janganlah lupa tindakan yang sama dibuat kepada pimpinan UMNO yang suka-suka teguk air haram ARAK. Kenal pasti mereka-mereka ini, jangan bagi peluang menjawat apa-apa jawatan dalam UMNO. Jangan bagi chance mereka jadi calon dalam pilihanraya. Serikandi rasa barulah adil.
Kalaulah itu menjadi salah satu etika UMNO mempastikan pimpinan mereka samada di peringkat kampung hingga bandar-bandar besar. Tapi janganlah hanya IKAN BILIS diambil kira….JERUNG buat-buat lupa…. - kedahla
No comments:
Post a Comment