Sunday, June 26, 2011

Bersih : Selangor akan berusaha menghulurkan bantuan kpd penduduk Selangor yg ditahan


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak dapat memberi jaminan sama ada akan menanggung kos perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau tidak berani menjanjikan apa-apa berhubung perkara itu kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya.



"Kita tidak boleh janji, nanti tidak mampu bantu orang (yang ditahan dalam perhimpunan itu nanti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.


Beliau berkata, pihaknya sedang mencari jalan bagi menghulurkan bantuan lain kepada penduduk Selangor yang ditahan pada perhimpunan itu nanti. - BH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular