Sunday, June 26, 2011

Lebih Ramai Ditangkap Lebih Banyak Kerusi UMNO BN Melayang Dalam PRU13!

Hisham pertahan polis, dakwa 30 aktivis Bersih ada agenda

HULU SELANGOR, 26 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini mempertahankan polis menahan 30 aktivis Bersih 2.0 di Pulau Pinang di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan sambil berkata ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka.


Polis Pulau Pinang pagi tadi mengumumkan bahawa perintah reman akan dibuat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana mereka berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Hishammuddin berkata beliau belum lagi diberi butiran mengenai tahanan mereka tetapi laporan awal menunjukkan aktivis berkenaan ada agenda lain tersembunyi.

“Saya belum menerima satu laporan lengkap. Tetapi laporan awal menunjukkan pergerakan yang dikatakan sebagai demonstrasi aman, ada agenda lain,” katanya di sini hari ini. -TMI

Malaysia detains about 60 activists ahead of rally


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Activists say Malaysian police detained dozens of opposition supporters amid efforts to prevent a massive rally seeking electoral transparency.


Authorities detained about 60 people in various towns while some of them were distributing political leaflets Saturday. Many were released after several hours of questioning, while the others were expected to be freed soon.


Human rights lawyer Malik Imtiaz Sarwar on Sunday described the police action as "a campaign of preemptive arrests" amid plans by independent activists to gather tens of thousands of people for an opposition-backed rally on July 9.


National police chief Ismail Omar said Malaysians should shun the rally because it could spark tensions.


General elections are widely expected within a year. -AP
Ulasan GB

Menteri KDN mempertahankan tindakan polis yang menahan aktivis Bersih 2.0 dengan menuduh mereka mempunyai "agenda lain"(?).

Tak dinyatakan apa "agenda lain" itu selain dari spekulasi liar, namun yang ia ia adalah luahan keresahan dan ketakutan UMNO BN terhadap permintaan dan tuntutan rakyat agar pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan.

Tangkap seberapa ramai yang anda mahu.

Saya yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti. FULL STOP!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular