Namun, perkara ini perlulah diambil tindakan segera dan teliti kerana sekiranya kesilapan ini berlaku di atas kad pengenalan, nampaknya Mahkamah Syariah akan berhadapan dengan ratusan kes sebegini di Perak nanti. Kalau di seluruh negara, berlaku perkara sebegini, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah atau lambakan kes di Mahkamah Syariah. Tambah buruk sekiranya penama ini boleh berhadapan dengan hukuman atau denda oleh Mahkamah Syariah oleh kerana status agama mereka yang bukan Islam.
Apa yang gua tuntut adalah pihak-pihak yang jelas melakukan kesilapan berkaitan perkara ini, harus tampil menjelaskan kenapa ia boleh terjadi? dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan perkara ini?


No comments:
Post a Comment