Tuesday, June 28, 2011

Kartun Melampau: Akhbar Perlu Ada Garis Panduan -Dr Blog Shahidan Kassim


My PhotoRata-rata surat khabar pada hari ini kebiasaannya memuatkan satu ruangan khas untuk kartun. Malah, ada akhbar yang menyediakan satu ruang kecil di muka hadapan untuk kartun.

Tidak kira samada ia akhbar pro kerajaan, pro pembangkang, bebas, keagamaan atau lain-lain, ruangan kartun dilihat sebagai satu kaedah menyampaikan isi hati dengan cara bersahaja dan santai, yang kebiasaannya dalam bentuk sindiran. 


Malangnya acapkali berlaku dalam dunia penyiaran, kartunis melampaui batasan dalam lakaran dan tulisan mereka. Adakalanya lukisan kartun yang dilakarkan oleh jari-jemari kartunis bisa mengguris hati Umat Islam. Dan yang lebih ditakuti, andainya lakaran-lakaran tersebut mengundang murka Allah Taala dan menjadi penyebab kepada kecelakaan di dunia dan di akhirat. Nauzubillah.
Bagi memelihara kita daripada terjebak ke dalam kemurkaan Allah disebabkan lukisan kartun, adalah amat wajar setiap akhbar yang mempunyai ruangan kartun meletakkan garis panduan atau parameter tertentu yang wajib dipatuhi oleh para kartunis. Asas-asas yang boleh dimasukkan di dalam garis panduan adalah seperti:
1. Lukisan kartun tidak boleh berobjektifkan menghina dan merendah-rendahkan peribadi orang lain. Tetapi objektif lukisan kartun adalah untuk menyampaikan kritikan yang membina dan mengislahkan masyarakat. Kerana, perbuatan menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan apa jua tindakan adalah dilarang oleh Agama. Begitu juga lukisan-lukisan kartun yang mengandungi gelaran-gelaran buruk terhadap orang lain, adalah dilarang oleh Agama Islam.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.” (Al-Hujurat: 11).
2. Lukisan kartun tidak boleh sekali-kali menyentuh perkara Akidah, contohnya mempersenda-sendakan ibadah, mempersendakan sunnah Nabi SAW, mempermain-mainkan hukum-hakam yang disebut dalam Quran dan Hadith, dan lain-lain. Kerana perbuatan demikian adalah haram dan boleh merosakkan akidah.
Firman Allah bermaksud: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. (Al-Taubah: 65)
3. Lukisan kartun tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan Syariah Islam, seperti lukisan-lukisan wanita seksi, perkataan-perkataan mencarut, dan seumpamanya. Kerana lukisan dan tulisan sebegini adalah satu bentuk penyebaran perkara-perkara yang mengaibkan dari sudut Syarak.
Dengan adanya garis panduan tertenyu, dan juga penasihat Syariah yang mengawal dan mengawasi isi kandungan kartun yang diterbitkan oleh sesebuah akhbar, diharapkan tidak timbul lagi isu lukisan kartun yang mempersenda-sendakan agama dan menghina orang lain.
Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular