Wednesday, January 18, 2012

Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?

SHAH ALAM, 18 JANUARI : Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

“Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

“Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

“Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

“Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

“Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

“Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan.” kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

“Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudah 10 tahun negara berhadapan masalah ini.” ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

“Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini.” tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

“Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.” katanya . Selangorkini

Malaysia catat pengaliran keluar wang haram kelima terbesar di dunia

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Pengaliran keluar wang haram dari Malaysia mencatatkan tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM208.1 bilion pada tahun 2008, beerbanding US22.2 bilion pada 2000, menurut laporan pemerhati kewangan berpengkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan bulan ini.

Malaysia juga dikatakan kelima terbesar dari segi jumlah pengaliran keluar wang haram di antara tahun 2000 hingga 2008, di kalangan negara membangun.

GFI menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang diperolehi daripada aktiviti-aktivit haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara terbabit,” kata laman sesawang program tersebut.

Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut.

Tambah laporan itu lagi, kenaikkan secara berskala itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain.

Antara yang paling atas dalam senarai 125 negara membangun adalah China sebanyak US2.18 trilion sementara Filipina di tangga ke-12, dan Malaysia, negara jiran terdekat sebanyak US109.3 bilion dalam tempoh tersebut.

Manakala Zimbabwe pada kedudukan ke-73 dengan jumlah sebanyak US4.1 bilion dan Myanmar, ke-85 dengan US2.9 bilion.

Laporan itu menyebut secara jelas dan signifikan menunjukkan isu pentadbiran telah memberi kesan terhadap sektor awam dan swasta yang dilihat memainkan peranan utama dalam pemindahan rentas sempadan modal panas daripada sesebuah negara.

Ia turut memberitahu di mana laporan media dipetik sebagai melaporkan syarikat kepunyaan kerajaan seperti syarikat petroleum negara, Petronas berkemungkinan besar terbabit dalam pengaliran panas itu.

GFI berkata berdasarkan penyelidikan yang dibuat memberikan indikasi bahawa ketidakstabilan politik, kenaikkan ketidaksamarataan pendapatan, dan gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab dan penyumbang menyebabkan berlakunya pengaliran modal panas daripada kebanyakkan negara-negara membangun. - Selangorkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular