Thursday, January 19, 2012

Lagi blogger Umno sertai PAS

Sekarang ini sudah menjadi trend dan musim untuk bloger ternakan Umno menyeberang ke arah Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini Datuk Ariff Sabri dan Aspan Alias masuk DAP, kelmarin seorang bloger Umno lain lain pula masuk PAS.


Aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

Di Pahang juga, khabarnya sudah ada bloger ternakan Umno yang sudah 'hampir tak makan' kerana tak sanggup lagi dijaga tuannya. maka kita tunggu dan lihatlah masanya...

Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1jsO4ElAV

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular