Thursday, January 19, 2012

Ini untung maha besar, untung Maha Firaun +Video

Pengendali tol lebuh raya untung maha firaun 
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Keuntungan yang dikaut oleh syarikat pembina lebuh raya melalui kutipan tol adalah berlebihan, tidak masuk akal dan menindas rakyat.

“Ini untung maha besar, untung Maha Firaun,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini, beliau tampil berkongsi data peratusan hasil daripada kos pembinaan lebuh raya Malaysia yang diperoleh melalui jawapan Parlimen.

Beliau sambil merujuk kepada peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara. Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877% daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Tambah mengejutkan ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan 308% sebanyak RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202%), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149%) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” ujar Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya tol yang membebankan rakyat tetapi memperkayakan kroni ini mesti dihapuskan, merujuk kepada Lebuhraya Metramac, Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL – Karak, Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Cheras Kajang dan Jambatan Pulau Pinang.

Guan Eng turut mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka memandangkan menteri tersebut telah membuat kenyataan bahawa penghapusan tol yang dijanjikan Pakatan Rakyat adalah tidak masuk akal.

“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308%? Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.

“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” tegasnya. – Roketkini.com
PAKATAN RAKYAT MENTADBIR PUSAT = TOL PERCUMA

Saya nak terangkan pada PENGANUT umno bn, mengapa PR boleh berjanji macam-macam apabila mereka mendapat PUTRAJAYA (KERAJAAN PUSAT) terutama melibatkan perbelanjaan mega, mengapa tak buat sekarang?. Sebelum anda beri alasan bodoh lebih baik anda balik semak dahulu berapa belanjawan negara dan negeri, berapa pendapatan dan negeri, selangor negeri terkaya di malaysia pun belanjawan mereka cuma sekitar 1.5 billion, sedang kerajaan pusat adalah 232.8 billion, jauh tak beza pusat dan negeri? Pusat kaut lebih 90% hasil negara, sebab tu semuanya (belanja mega) dijanji bila dapat pusat nanti - IAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular