Tuesday, January 17, 2012

NFC - Izmir Nak Selamatkan Keadaan Atau Nak Gali Kubur ?

Semalam Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh merangkap anak kepada CEO NFC Mohamed Salleh akhirnya bersuara bagi mempertahankan pembayaran kad kredit empat pengarahnya oleh NFC yang berjumlah RM593,000 pada tahun 2009.

Pecahannya RM182,525, RM160,673, RM127,900 dan RM122,402. Saya pasti ia dihitung dari penyata kewangan yang didedahkan pada 4 Januari lalu ( KLiK ), memang saya menunggu pendedahan oleh Rafizi ini makanya saya malas nak hitung sendiri hehehe ..

"Tiada perbelanjaan peribadi sebagaimana didakwa. (Sebenarnya) Perbelanjaan pembangunan bisnes oleh empat pengarah menggambarkan magnitud jualan berjuta ringgit," . Maknanya bukan untuk tujuan peribadi.

Mengulas lanjut isu melibatkan NFC, Shahinur Izmir berkata, pihaknya dalam masa yang sesuai akan tampil menjelaskan dakwaan-dakwaan yang telah menjejaskan persepsi rakyat terhadap syarikat itu. ( KLiK )

"Sebagai permulaan, tidak di mana-mana bahagian dan tidak pada bila-bila masa, Ketua Audit Negara dalam laporan 2010 menyatakan bahawa NFC berada dalam kepincangan."

"Perkataan kepincangan tidak pernah digunakan dalam Laporan Ketua Audit Negara."

Sebelum itu beliau juga berkata - Dalam satu kenyataan semalam, Wan Shahinur Izmir berkata, walaupun aset telah dibekukan, namun operasi NFC berjalan seperti biasa dan bekalan daging lembu akan diteruskan dan semua tempahan turut dipenuhi.( KLiK )

Kenapa ya...... dalam kes NFC ini, setiap kali wakil NFC bersuara semuanya serba tak kena ? Lepas bersuara, sehari dua lepas tu mesti kena hentam balik ! Kenyataan Izmir diatas juga saya dah dapat bayangkan akan mendatangkan masalah kepada dirinya dan NFC. Jawapan yang lebih banyak menimbulkan persoalan baru !

Kalau dah alang-alang senyap, baik terus je senyap, biar orang nak kutuk pun dari bercakap tapi menambahkan masalah. Lagipun beberapa pihak sedang menjalankan siasatan keatas NFC, maka tunggu jelah hasil siasatan sebelum beri komen.

Kalau nak bercakap juga, kenapa dari dulu senyap ? Nak kena tunggu didedahkan satu persatu baru nak menjawap satu persatu juga ?

Kemudian ayat yang dipilih - ..... menggambarkan magnitud jualan berjuta ringgit - minta maaflah cakap, bunyinya sombong semacam ! Berapa juta Jualan NFC tahun 2009 ? Tak pun, syarikat lain yang magnitud jualannya berkali ganda dari NFC, saya tak fikir syarikat itu akan berurusan melalui pembayaran kad kredit Pengarah. Saya bukannya tahu hal bisnes ni, tapi nak tanya juga - Sekarang ni orang dah tak pakai buku cek ke ?

Kemudian pakai pulak perkataan perbelanjaan pembangunan bisnes atau business development .... lagilah orang gelakkan. Sekarang orang akan desak nak tahu pula apakah bentuk nya business development yang menelan belanja hampir RM600K pada tahun 2009.... yang dibelanjakan melalui 4 kad kredit yang digunakan oleh 4 pengarah yang berlainan.

Satu lagi saya harap Izmir tahu apa yang dia cakap sebab perbelanjaan melalui kad kredit ni ada penyatanya yang bakal menyenaraikan setiap sen perbelanjaan yang terbabit. Saya agak jer ni, tunggu masa je penyata empat kad kredit tersebut akan dihebahkan ! Dan kalau ternyata nanti banyak kelibat perbelanjaan bersifat peribadi atau yang merepek kalau nak dikaitkan dengan NFC, mampus kau Izmir ....

Sebab tu saya cakap, lebih baik diam je. Orang akan kutuk, termasuk saya juga hehehe tapi kalau dah nak masuk 3 bulan kena kutuk, takkan belum lali lagi ? Kalau jawap pun, apakah mampu menukar persepsi negatif yang dah terpalit pada NFC sekeluarga ?

Apa pulak lepas ni ........ Dari Blog UMNO Blogger Parti Melayu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular