Thursday, January 19, 2012

"Game" SINDIR Bik Mama kini di iPod, iPad dan iPhone +Video

Sebuah permainan handphone yang menarik telah dicipta dan ia kini telah pun berada di laman web rasmi Apples. Game berkenaan mempunyai karakter yang seakan sama dengan isteri perdana Meteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor.

Ia di cipta oleh Antartic Group, game ini boleh terus di download dari Apples website sejak Dicember lepas. Game ini dicipta khas untuk mendidik kanak kanak untuk menabung, dimana pemain dalam permainan ini akan diajar cara cara yang terbaik untuk meyimpan wang dari kecil untuk membeli barang barang barang pekakas.

Antara barang barang tersebut adalah cincin $24 Juta, beg tangan, rumah mewah, kereta dan 12 barangan lain.

Yang lebih menarik adalah karakter game tersebut mempunyai rambut yang seakan akan Hajah Rosmah. Matlamat game tersebut untuk menguji pemain untuk meyimpan sejak mereka kanak kanak lagi.

Rosmah Mansor sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan cincin $24 Juta, dan beberapa beg tangan berjenama.

Permain ini boleh di download di link ini http://itunes.apple.com/my/app/aku-jimat/id490098030?mt=8


Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Jan 19, 2012 Pengguna alat elektronik Apple, - iPod, iPad dan iPhone kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE
Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama adasebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

NONEPengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular