Thursday, January 19, 2012

Gempag !!! BLOGGER SHARPSHOOTER TERJAH PEGUAM RAIS YATIM + Video

Sharpshooter seorang blogger yang pernah menghentam Menteri Rais Yatim, dalam beberapa penulis di blognya dikatakan menghilangkan diri setelah 7 kali surat dihantar ke rumah beliau, tetapi bilau tidak dapat dikesan. Menurut Utusan, surat telah dihantar ke rumah blogger tersebut sejak Bulan November 2011 tahun lepas.

Oleh kerana hairan dan tidak berpuas hati, Amizuddin Amat (Sharpshooter) ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.


Namun peguam Rais Yatim atau nama sebenarnya Mohd Shafie dilihat terkedu dengan kehadiran Sharpshooter di pejabatnya untuk mendapatkan dokumen saman yang heboh disiarkan dalam Utusan Malaysia itu.

Peguam Rais dilihat berdolak dalih dan meminta Sharpshooter hadir ke mahkamah keesokkan harinya untuk mendapatkan dokumen itu.

Dalam kenyataan akhbar kata sharpshooter hilang, lari, tak dapat dikesan, ni elok je siap datang office lagi, then bila datang mintak mana prosiding surat mahkamah tersebut takde pulak.
Peguam RAIS kantoii

Tak kan lah dah pos ke rumah sampai 7 kali takde simpan dalam surat dari mahkamah tu.

Salah seorang blogger yang hadir sempat rakam saat putar belit peguam Mohd Shafie dalam menjawap soalan soalan sharpshooter.

Sewaktu dalam office tersebut, terdapat beberapa perkara menarik yang akan dipaparkan kepada orang awam tidak lama lagi, ianya sangat memeranjatkan blogger blogger yang ada bersama sharpshooter semasa itu.

Pendedahan ini akan dilakukan secara serentak di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.


Blogger terkejut didakwa melarikan diri - Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Kerana tidak berpuashati dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia kononnya beliau lari dari menerima surat saman, Blogger Shardshooter datang sendiri ke pejabat peguam.

Sharpshooter atau nama sebenarnya, Amizuddin Amat dilaporkan datang sendiri ke pajabat peguam Datuk Seri Rais Yatim iaitu Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah di Kampung Atap untuk mendapatkan dokumen saman itu.

Namun ketika ditemui peguam berkenaan tidak menyerahkan dokumen itu tetapi meminta Amizuddin datang mengambilnya di mahkamah keesokan harinya.

Utusan 13 Januari lepas dalam laporannya mendakwa, kes menghina mahkamah terhadap blogger berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana 'penulis blog itu hilangkan diri'.

Sharpshooter disaman oleh Rais Yatim berhubung isu dakwaan merogol amah dikatakan telah melarikan diri daripada menerima dokumen saman menghina mahkamah.

Sharpshooter dilaporkan benar-benar terkejut dengan laporan berita ini sebaik sahaja ditunjukkan kepada beliau.

Blogger tersebut berasa hairan, sejak bila beliau lari atau menghilangkan diri?

Oleh kerana tidak berpuas hati, Amizuddin ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.

Namun peguam Rais Yatim iaitu Mohd Shafee meminta beliau datang ke mahkamah keesokan harinya untuk mendapatkan dokumen itu sambil bertegas sudah tujuh kali pihaknya cuba menyerahkan dokumen itu.

Amizuddin berkeras dengan berkata beliau tidak ke mana-mana dan tidak menerima sebarang dokumen atau surat dari peguam berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular