Friday, January 20, 2012

Pas kuda tunggangan tapi yang masuk Dap orang Umno

Di negara kita perkara paling syok menjelang pilihanraya ialah berita ahli-ahli parti Pas dan juga PKR keluar parti.Ini lumrah dah jadi kebiasaan media propaganda regim Umno-BN sebagai perang psikologi pilihanraya.Jumlah yang keluar parti pulak bukan sikit 100 hingga 200 orang.Selepas itu diikuti dengan penafian pihak Pas dan PKR.

Di Kelantan kerap kita dengar orang Pas masuk Umno .Jarang kita dengar orang Umno masuk Pas.Tapi yang berkuasa di Kelantan sejak 20 tahun hingga kini ialah Pas.Hasan Ali dipecat daripada Pas kononnya seramai 102 ahli Pas masuk Umno tapi dinafikan oleh pihak Pas.

Media arus perdana tidak akan siarkan jika ahli Umno masuk parti lain terutama parti Dap yang diratib-ratib Umno kepada orang Melayu , 'Pas kuda tunggangan Dap' siang dan malam.Walaupun Melayu Umno masuk Dap hanya tiga orang tapi itu adalah berita benar dan sahih perawinya.Saya tak kisah sapa pun nak masuk parti apa itu hak masing-masing.Tambah-tambah yang masuk Dap tu bekas orang kuat Utusan Malaysia sendiri Hata Wahari yang dipecat daripada terus menjadi wartawan Utusan. Rakaman Video Klik SINI.

Apa lagi Umno nak kata kepada DAP? Ludah ke langit jatuh dalam mulut sendiri.Sibuk pemimpin Umno kata Pas kuda tunggangan DAP dan PKR kerana Ecxo baru Pas di Selangor hilang jawatan jaga Hal Ehwal Islam yang kini diambil alih MB Selangor.

Ahli Umno yang masuk DAP mungkin mereka dah sedar bahawa Umno berbohong selama ini bahawa tongkat orang Melayu ialah Umno.Mereka nak menunjukkan bahawa tanpa tongkat Umno pun mereka boleh hidup.Mereka mau pecah tradisi daripada terus diperkudakan Umno untuk terus berkuasa sampai bila-bila.Rezeki bukan daripada Umno tapi daripada Allah SWT. - Misai Merah

Baca >>> Dalam diam DAP melakukan transformasi 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular