Sunday, January 15, 2012

Pelajar Nak BOM Helikopter Najib Razak

Di Tangkap Kerana Bergurau.
Kerana Mulut Badan Binasa...
Belum Sempat Bom lagi, Baru cakap dah kene tangkap..

Akibat bergurau, seorang pelajar USM Universiti Sains Malaysia Janartana V Chandra telah ditahan pihak polis. Baca Kenyataan bawah ni.
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

Really3line yakin 100% pelajar ini sekadar bergurau, mengikut kenyataan di atas juga, Janartana membuat kenyataan di blognya, padahal pelajar ni buat kenyataan di status facebook nya sahaja.

Mungkin kenyataan dia agak keterlaluan, akan tetapi tak kan lah pelajar ni nak buat betul2, kalau dia betul betul ada niat dia nak buat kenyataan ke kat blog mahupun kat facebook status dia yang dia nak bom helikpoter Najib Razak?

Kerana posting di facebook dia di tahan, ini juga merupakan satu signal dari pihak berkuasa untuk mereka mereka di luar sana, jangan bercakap suka suki di facebook, ingat facebook anda sentiasa diperhatikan. - Really

Dalam kalut-kalut polis menyoal siasat mahasiswa itu, apa perkembangan kes samseng yang sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh TG Nik Aziz? Kalau terakhir saya dengar cerita tentang budak ini, dia disoal siasat oleh polis. Apa jadi selepas itu? -DCM

P/s: Walaupun mahasiswa ini mungkin tidak mempunyai niat untuk meletupkan helikopter itu, tetapi tindakan "bodohnya" itu telah memberikan modal kepada jurublog UMCO untuk mengaitkannya dengan PR dan seterusnya memburuknya imej PR dalam tulisan mereka. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular