Thursday, January 19, 2012

Kesian penyokong UMNO dihina dan diperbodohkan oleh utusan @ sememangnya bodoh?

NONEMB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya
Jan 19, 2012 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

Katanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.

“Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum.

“Melihat kepada spekulasi dan gosip, ia mungkin kurang daripada enam bulan. Jadi tak gunanya ada exco yang terpaksa bergelut untuk memahami sistem daripada fokus kepada penyampaian,” jelasnya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Abdul Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bercakap pada sidang media di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, jika beliau tidak melakukan sebarang rombakan, sudah tentu ramai beranggapan bahawa beliau tidak rasional.

“Jadi saya rasa kita mesti ada kebijaksanaan,” katanya sambil mempertahankan tindakannya sebagai munasabah.

“Saya patut fokus pada perkara yang mudah saya semak dan laksanakan,” katanya lagi. MI

Pas yakin MB akan serah kembali portfolio agama

SHAH ALAM - Pas yakin portfolio hal ehwal Islam akan diserahkan kembali kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili parti itu pada "masa yang sesuai", kata Timbalan Pesuruhjaya negeri, Iskandar A. Samad.

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Iskandar berkata, beliau yakin Menteri Besar Tan Sri Khalid Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana mahu memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco.

Kenyataan itu menjawab kritikan beberapa pihak terutama Umno yang mendakwa Pas tidak melawan untuk mengekalkan portfolio agama yang disandang sebelum ini.

Pagi semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Sijangkang itu mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan tempat Hasan, yang telah dipecat dari Pas.

Dr Ahmad Yunus, yang merupakan doktor perubatan, mengetuai portfolio adat-adat Melayu, belia dan sukan.

"Portfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang Exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi.

"Saya yakin Menteri Besar akan menyerahkan portfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," katanya.

Iskandar, yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau turut yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sehubungan itu, beliau juga berharap orang ramai akan menghentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting itu.

Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai anggota exco berikutan perkhidmatan Hasan ditamatkan setelah beliau dipecat dari Pas pada 8 Januari lalu.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Portfolio hal ehwal agama, infrastruktur dan kemudahan awam diambil alih oleh Khalid.

Selepas majlis angkat sumpah, Khalid mengumumkan rombakan kecil portfolio kerajaan negeri.

Khalid berkata rombakan kecil itu berkuat kuasa semalam bagi memastikan kesinambungan kerja berjalan dengan lancar.

Selain rombakan portfolio Exco, Khalid turut mengumumkan pelantikan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman sebagai Pengerusi Mikro Kredit Miskin Luar Bandar.

Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. SH

P/S : PAS DIMALUKAN DI SELANGOR : Saya ingin menjawab hujah tak bertamadun utusan, khalid ibrahim adalah seorang muslim, beliau juga berhak memegang urusan umat islam, apakah di negeri-negeri umno, portfolio diberikan kepada pas? tidak juga, yang pegangnya tetap "lembu cucuk hidung" umno juga, jadi mengapa anda bising disini tapi diam disana? malah program-program agama dari pas atau bukan pas juga umnolah yang menghalangnya, jangan berlakon seperti pembela islam dalam masa yang sama anda menghalangnya itu munafik namanya.

Saya bagi satu sifir mudah untuk semua terutamanya kepada PENGANUT UMNO dan UTUSAN, penang dibawah CM Lim Guan Eng, memperuntukan untuk hal ehwal islam dari 12 juta di bawah BN kepada tahun 1. 20 juta, tahun 2. 24 juta, tahun 3. 33 juta, tahun 4. 63 juta, manakala Negeri Sembilan cuma 12 juta sahaja bawah UMNO, anda tak rasa daya intelektual anda dihina dan diperbodohkan oleh utusan ke @ anda memang bodoh? - IAR

Zam Ticer Masa bn perintah selangor, palil rahman exco agama...dia lulusan mana? Hassan ali pun bukan ustaz atau ulamak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular