Wednesday, February 22, 2012

Petugas Media pula jadi pengundi pos


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan untuk membenarkan petugas media yang tidak boleh mengundi kerana bertugas, memohon sebagai pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu juga adalah antara cadangan yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"SPR bersetuju, dengan cadangan PSC bahawa petugas media ini, di bawah (Pengundian Pos) 2003,Peraturan 3(1)(f), boleh memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya di mana dia mendaftar sebagai pengundi (untuk mengundi secara pos)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas dua jam bermesyuarat dengan wakil pertubuhan media.

Keputusan tersebut akan dimajukan kepada jawatankuasa berkenaan yang akan bermesyuarat pada 6 Mac depan.

Petugas media terdiri daripada editor, wartawan, jurukamera, jurufoto, pembantu petugas media yang diarahkan bertugas di luar kawasan mengundi mereka, dibenarkan memohon sebagai pengundi pos, tertakluk kepada pengesahan penyelia mereka.

"Pengesahan daripada majikan sangat penting, jadi ia tidak akan disalahgunakan," kata Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Mikini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/petugas-pula-jadi-pengundi-pos.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular