Wednesday, February 22, 2012

PANAS!!! DEMONSTRASI DI PORT KLANG BANTAH UMNO BN MENIAGA DGN ISRAEL!! +Video & Gambar

MAMPOS BARISAN NASIONAL!!!
MAMPOS ISRAEL ZIONIS!!
LU ORG MEMBER KAMCING MENIAGA PELURU
UTK BUNUH RAKYAT PALESTIN YE? KHAKKK PUUIII!!!
DEMO DI WESTPORT KLANG JAM 5 PETANG 22 FEB RABU.. 2012..
Saudara Mustafa Mansor, salah seorang Aktivis ke Palestine turut hadir perhimpunan bantah Kapal Israel di Pelabuhan Klang sebentar tadi. Takbir!!!
NGO berdemo di Pelabuhan Klang bantah kapal Israel
Jimadie Shah Othman
6:31PM Feb 22, 2012

Sekumpulan NGO dan aktivis mahasiswa hari ini berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ.

Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas.

Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri dan aktivis popular siswa Adam Adli. Mikini

Kapal Israel: AMK cabar Pemuda Umno bantah Najib
(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 22 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membantah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran kemasukan kapal kargo Israel ke Malaysia.

“Apa pendirian Khairy mengenai pendedahan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel dan mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang,” soal Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Sekiranya benar mereka (Pemuda Umno) komited dengan sentimen anti-Israel yang sedang dilaungkan ini, AMK mencabar Khairy dan Pemuda Umno seluruhnya bersama menyatakan bantahan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri atas hipokrasi yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam isu dagangan dengan Israel,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khairy yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini, dengan menyatakan ‘undi Anwar bermakna undi Israel’.

Sebaliknya, kata Shamsul, Ketua umum KEADILAN itu tegas mendukung aspirasi rakyat Palestin dan kenyataannya selari dengan pendirian Hamas dalam menyelesaikan krisis antara Palestin dan Israel.

Kerajaan Israel memegang 98 peratus saham dalam Zim Integrated Shipping Ltd

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Khairy menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkaitan isu kapal Israel yang memasuki pelabuhan negara ini.

“AMK juga berminat untuk tahu pendirian Khairy mengenai penjelasan Datuk Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel,” katanya.

Tambah Shamsul, rakyat masih ingat bagaimana pentadbiran Najib sebelum ini melantik APCO Worldwide, sebuah perunding perhubungan awam pro Zionis-Israel untuk menasihat Presiden Umno itu dalam urusan kerajaan.
Pendedahan yang dilakukan di dewan rakyat pada 2010 itu, katanya, menyaksikan Ketua Pembangkang digantung daripada Parlimen selama 6 bulan.

Oleh itu, katanya, beliau menunggu respon Khairy berhubung cabarannya itu dan berharap Ahli Parlimen Rembau itu tidak berdolak-dalik sebagaimana sikapnya dalam cabaran debat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC).

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-demonstrasi-telah-bermula-di-port.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular