Thursday, February 23, 2012

Panas!! Asabiyah : Dr Asri dan Dr Juanda Bidas Harussani +Video

Dr Asri: Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam
Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam
KUALA LUMPUR, — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi “asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.

Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.”

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu perlu mempertahankan hak mereka di negara ini selain mengatakan Nabi Muhammad juga berbuat demikian.

Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada bangsa Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

“Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

“Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu,” katanya pada pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” pimpinan Datuk Dr Hasan Ali semalam.
Jati merupakan platform terbaru Hasan selepas dipecat PAS awal Januari lalu untuk meneruskan agenda memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Tambah Asri, usaha memartabatkan bangsa bukan prinsip perjuangan Islam namun boleh menjadi keperluan sementara apabila keadaan mendesak.

“Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa,” katanya menambah prinsip Islam melampaui semua aspek termasuk bangsa.

“Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.”

Beliau menambah perjuangan menentang bangsa lain bukan ajaran Islam.



Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata kenyataan Harussani itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya kerana ia bertentangan dengan fakta sejarah.

“Kenyataan itu perlu teliti dan diteliti. Dari sudut perkataan nabi dan sejarah nabi, memang tidak ada fakta seperti itu.

“Tentang pertahan kaum, nabi suruh pertahan yang hak dan yang benar. Kena bela kaum masing-masing tapi bukan atas asas kezaliman,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menambah “asabiyah” ditolak Nabi Muhammad kerana bertentangan dengan ajaran Islam. -Themalaysianinsider

“...sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana asabiyyah, menyeru org lain agar bersikap asabiyyah,atau membantu golongan asabiyyah,lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah...”-[hadis riwayat Muslim,no1477]

“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yg menyeru kpd asobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas asaobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan asobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud 4/332, status asalnya daif, tetapi setelah diperkuatkan oleh hadis Muslim di atas,menjadi Hasan Lighairih].

“Sesiapa saja yang menyeru kepada ‘asabiyah(fanatisme golongan, seperti nasionalisme) maka dia tidak termasuk golongan kita (kaum muslimin)” (HR. Abu Daud)

Asobiyah yg sebenarnya

Kalau nak tahu apa erti asobiyah sebenarnya, kita kena tengok dalam hadith, apa yang nabi ertikan dengan asobiyah ni.Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan perkara ini –makna asobiyah-kepada baginda s.a.w,lalu baginda s.a.w menjawab:
“ Kamu menolong kaummu atas kezaliman”-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]

Asobiyah dan jahiliyyah -2 benda yg berkait rapat. Asobiyah itu memang ciri utama masyarakat jahiliyah di hijaz. Mereka terkenal dengan sikap asobiyah ini, dan satu slogan yang berbunyi-bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi-menjadi pegangan utama masa tu. Hinggalah Islam datang, nabi s.a.w membawa tafsiran baru terhadap slogan ini. Bantulah saudara yg zalim,dengan cara menghalangnya dari melakukan kezaliman (Raheeq Makhtum,ms40)

Daripada hadis dan maklumat sirah tadi, kita simpulkan satu benda.Membantu dan mengiyakan benda yang benar, memang tak menjadi masalah. Yang jadi salahnya ialah membantu dan mengiyakan kezaliman-benda yang tak betul!!! Inilah yg kita kena faham-hakikat asobiyah yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w dlm hadis hadis baginda!! Inilah dasar umum asobiyah!!

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." [H/R Abu Daud dan Ibnu Majah]



ADMIN : Macam puak umno bertolong tolongan sesama mereka untuk menzalimi puak selain dari mereka?, walaupun mereka sebenarnya sesama melayu?. Contoh ter hebat, hanya melayu umno sahaja yang layak dapat bantuan kerajaan, tender kerajaan dan sebagainya, tetapi bukan melayu pas? Isu Royalti Minyak ???
Rasulullah SAW. bersabda:
“Hai manusia, sesungguhnya Rabb kalian satu dan bapak kalian pun satu. Tidak ada keutamaan orang Arab atas orang Ajam(bukan arab) dan tidak ada keutamaan Orang Ajam atau orang Arab, tidak ada keutamaan orang hitam atas orang merah, dan tidak ada keutamaan kulit merah atas kulit hitam, kecuali taqwanya.” (HR. Ahmad)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujuraat: 13)

Wallahua'lam



NOTA : APA MAKNANYA MELAYU, ISLAM DAN RAJA


lihat asas perjuangan
melayu islam dan raja


bila sudah lihat klip ini
pasti pembaca akan memiliki
kesedaran tentang melayu islam dan raja


pembaca akan disedarkan siapa melayu
akan disedarkan siapa islam
akan disedarkan sipa raja
kah kah kah - Tukar Tiub

Isu Berkaitan :



http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-aasabiyah-dr-asri-dan-dr-juanda.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular