Tuesday, February 21, 2012

Brahim Ali buat lawak "guling-guling" kah kah kah

HAHAHAHA.... adeh.... nak mati gelak dah ni, guling-guling gelak, kenapa malaysia ada spesis bodoh macam perkasa ni ye? Malu betul duduk malaysia ni. debat tu sendiri nak utarakan pandangan pada semua, kalau tak ada penonton live baik buat chit chat dalam tv je, semua orang pun boleh tonton hahaha..... - IAR

PERKASA cabar DAP berdebat tapi tanpa hadirin
Feb 20, 2012 Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan siapa sebenarnya yang rasis.

"Sekarang trend debat sudah bermula, saya cabar Lim Guan Eng, untuk berdebat dan saya bersedia, debat atas tajuk " Who is more racist, DAP or PERKASA.

"Dan siapa yang pencetus huru-hara, DAP atau PERKASA dan biarkan rakyat menghakiminya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas pada sidang medianya di Putrajaya juga mencadangkan agar debat tersebut diadakan tanpa hadirin tetapi perlu disiarkan secara langsung di stesen TV dan dipengerusikan oleh moderator yang adil.

"Saya cukup berminat untuk mengemukakan bukti termasuk keratan akhbar dan resolusi bahawa DAP adalah rasis dan mencetus huru hara," katanya.
NONE
Beliau juga berharap Lim mampu mengemukakan bukti, bahawa PERKASA adalah pertubuhan rasis dan pencetus huru hara.

Katanya lagi, debat itu boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Pada sidang akhbar itu, Ibrahim juga berkata PERKASA sedang menimbang cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Lim kerana mendakwa setiausaga agung DAP itu menuduh NGO itu sebagai pertubuhan rasis dan membuat huru hara.

Menurut beliau, Lim membuat tuduhan "memfitnah" terhadap PERKASA dan tuduhan tersebut diulang dalam debat MCA-DAP baru baru ini.

Malah, tegas Ibrahim, pihaknya juga sedang meneliti rakaman video berhubung debat tersebut hujung minggu lalu.

NONE"Saya sudah mengarahkan peguam PERKASA untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang, saman Lim Guan Eng.

"Tuduhan beliau tidak kita biarkan berterusan dengan melabelkan PERKASA ini pertubuhan (mahu menimbulkan) huru-hara. Atau nak tutup pekung sendiri, bahawa DAP yang racist, tapi lontar kepada orang lain yang racist," katanya.

Menurut Ibrahim, PERKASA juga berkemungkinan akan mengsapina ketua polis negara untuk memberi keterangan di mahkamah sama ada pertubuhan itu ingin membuat huru hara atau rasis.

"PERKASA selama ini, tidak pernah terlibat dengan protes jalanan tanpa permit atau pergi ke jalan raya," katanya lagi.

NONESebaliknya, Ibrahim mendakwa, pihaknya mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan.

Bagi beliau, pihak lain yang mengecop dan membentuk persepsi bahawa pertubuhan itu adalah rasis.

"Jadi kami mahu pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Mkini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/brahim-ali-buat-lawak-guling-guling-kah.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular