Warga maya marah Sin Chew siar laporan berat sebelah
Selepas isu “Kak Tunda”, akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu.
Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu “berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam.
Ini memaksa akhbar itu membuat penjelasan yang berulang kali di Facebook - tetapi mereka gagal meredakan kemarahan pembaca.
Pada edisi Ahad, Sin Chew melaporkan hujah umum antara Chua dan Lim di muka depan, tetapi pada halaman berikut, iaitu pada muka surat 2, 3 dan 4, tumpuan hanya diberikan kepada Chua dan ucapan pemimpin BN yang lain.
Ucapan Lim hanya dilaporkan pada muka surat 31, iaitu dua halaman terakhir dalam akhbar itu.
Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya yang membidas Sin Chew kerana didakwa berat sebelah pada laman Facebook akhbar itu.
"Sin Chew Daily memberi Chua liputan luas, manakala berita Lim hanya dapat liputan kecil. Protes amalan harian berat sebelah itu," tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tan.
"Sin Chew Daily menipu pembaca," kata seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Samc Chen. -mk
Akhbar harian Inggeris, the Star hari ini menerbitkan kenyataan ringkas berhubung kesilapan dalam laporannya dalam artikel semasa perdebatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibuat semasa persidangan 'Kaum Cina di persimpangan’, Sabtu lalu.
"Kami dimaklumkan bahawa semasa perdebatan dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang bertajuk ‘Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa? setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak ada membuat kenyataan berikut: ‘Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan’.
"Kesilapan dalam terjemahan itu amat dikesali," petik kenyataan dua perenggan pengakuan kesilapan itu yang dicetak pada halaman enam akhbar berkenaan.
Bertajuk 'Ralat dalam terjemahan', artikel itu tidak membawa sebarang permohonan maaf atau menyiarkan petikan yang betul.
Lim, semalam menuntut permohonan maaf daripada harian milik MCA itu berhubung laporannnya mengenai perdebatan dua gergasi politik itu.
"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan,” kata Lim dalam kenyataannya itu.-mk
Kini suara masyarakat Cina yang sebenar telah kedengaran. Mereka membantah laporan senget terhadap debat.
Bukan saja wartawan Sin Chew Jit Poh, malah hampir kesemua akhbar media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil kepada debat. BERNAMA sendiri membuat laporan yang berat sebelah apatah lagi wartawan-wartawan akhbar arus perdana yang lain.
Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak bahawa taraf kewartawanan negara ini sebagai "pelacur".
Kebenaran akhirnya terserlah jua sekalipun NUJ cuba menafi dan menolak dakwaan tersebut.
Jika sebelum ini NUJ berkehendakkan fakta dengan bukti dan keterangan, laporan di atas menjelaskan segala-galanya.
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/najib-sakit-kepala-realiti-suara-cina.html
No comments:
Post a Comment