Wednesday, February 22, 2012

Panas!! Isu Bangsa dan "Raja Bayangan Allah" : Harussani Guna Hadis "Maudhu"??

PENCERAHAN : Benar nabi s.a.w cintakan bangsanya, begitu juga anda semua anda boleh cinta bangsa anda, melayu, cina, india dan apa saja kerana itu kurniaan Allah kepada kita, tetapi ia tidak sama dengan ASOBIYYAH, asobiyyah adalah "sokong apa saja kepada bangsa kita walaupun salah, zalim, korup", malah nabi s.a.w memberi amaran tidak termasuk dalam golongannya siapa yang asobiyyah, yang PERKASA, HARUSSANI laungkan adalah asobiyyah bukan cintakan bangsa, itu yang cuba mereka topengkan bila berbicara soal asobiyyah dan perkauman - IAR

Keperihatinan yg ditunjukan mufti perak cukup mengkagumkan sedari dulu lagi,cumanya maklumat dan penelitian tentang politik dan perbezaan antara parti2 tidak didalami secara telus dan meluas,menyebabkan setiap kenyataan nya tidak menepati kehendak dan tuntutan pejuangan islam.pedekatan dakwah serta pendekatan politik islam mungkin berbeza cara menangani nya.

Kita minta mufti perak buka mata,buka telinga,berlapang dada serta mengunakan akal dgn realiti politik msia kini.golongan yg mengunakan isu kepentingan bangsa melayu secara sedarnya telah melemahkan perkembangan islam itu sendiri.senjata ketuanan melayu sekaligus juga digunakan untuk melemahkan sebahagian melayu yg sebahagian besarnya adalah golongan yg memperjuangkan islam.

Mari kita rujukan satu golongan yg dianggap sebagai penjaga kepentingan melayu??.golongan ini jugalah yg melemahkan serta menjadi batu penghalang perlaksanaan syariat islam,bersengkongkol dgn rakan partinya menghina dan menakut2kan islam pada non muslim tanpa adanya usaha perbetulkan fakta2 yg salah tentang islam.secara sedar dan tegas membuat kenyataan politik untuk tidak membenarkan hukum dan enekmen hudud dilaksanakan demi untuk meraih undi non muslim.

Bagi saya penyertaan mufti bersama JATI bukanlah satu tindakan yg bijaksana jika ianya benar?.jati yg diasaskan atas dasar dendam kesumat hasan hasil gagalnya satu perancangan yg hanya dia yg tahu??.menolak dgn tegas kepimpinan ketua umum PR dgn vokal yg terlalu menyakinkan bahawa ketua umum ini terlibat dgn pelbagai kaitan isu moral hanya kerana yakin 'dengar cakap"tanpa satu perbicaraan mengikut islam.bagi saya hasan telah mendahului peraturan hukum islam.tanpa bukti yg sempurna tuduhan itu pada saya hanya dianggap suatu fitnah. - Zulkifly Mohammed


Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis. Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi - DrMAZA.com
Sultan bayangan Allah hadis palsu sesetengah riwayat dan daif@hsn dalam riwayat yang lain. Makna: sultan kena mlaksana perintah Allah - DrMAZA.com

‎..saya sedang berfikir bagaimana seseorang yang mendakwa berjuang ikhlas kerana Allah tetapi menjadi perjuangannya untuk membela ISLAM, MELAYU dan RAJA.. di mana hamba-hamba Allah yang lain; selain bangsa melayu dan rakyat yang tidak bergelar raja? DrMAZA.com

Hadith Maudhu' pula adalah hadith yang statusnya palsu dan tidak boleh diamalkan apatah lagi untuk dijadikan hujjah..
Sumber :  SINI dan SINI

Berdusta Atas Nama Nabi S.A.W
Sebahagian penceramah berbohong menggunakan Rasulullah S.A.W bersabda sesuatu hadith sedang hadith tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadith. Berbohong seperti ini jauh lebih besar dosanya, bohong pembaca hadith palsu merosakkan agama. Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadith yang mutawwatir :

Maksudnya : “Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku ) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Hadith palsu ialah hadith yang direka atau diada-adakan, bahkan sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah S.A.W. Banyak hadith rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Dimana pendengar dihidangkan dengar hadith-hadith palsu yang tiada asal usulnya. Mungkin ada pembaca hadith palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku yang mereka banyak yang memuatkan hadith-hadith palsu ini. - Sumber

Mufti Perak jangan fitnah Nabi


Apakah yang disebut oleh mufti Perak ini benar?.Kenapa babitkan Nabi Muhammad SAW yang dikasihi untuk pertahan raja dan bangsa?Zaman Nabi mana yang pertahankan raja?Selepas nabi wafat wujudnya sistem khalifah bukan sistem beraja.


Jangan buat fitnah ,jangan jual agama, jual nama Nabi untuk kelabukan orang Islam terpikat dengan NGO Jati Hasan Ali.


Para Nabi berdakwah, mentauhidkan Allah SWT bukan pertahan mana-mana raja.Malah para Nabi berdakwah dan menghantar utusan kepada para raja yang bukan Islam supaya memeluk Islam dan yakinkan mereka akan kebesaran Allah SWT.Para nabi dan khalifah ar Rasyidin bukan duduk dalam istana raja untuk memperjuangkan Islam.


Syurga Allah SWT untuk semua kaum dan bangsa yang bertaqwa kepada Allah SWT bukan para assabiyyah, pejuang bangsa dan pejuang raja.Raja pun masuk neraka contoh macam Raja Firaun.


Lihat kepada Umno sendiri yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama.Apa jadi?Dirembatnya tanah rezab Melayu sesuka hati, saham Melayu lesap RM52 bilion atas nama pejuang bangsa...tuihhhh! Mau haramkan pertubuhan yang guna nama Islam dalam masa yang sama mau perjuangkan Islam, hina janggut Nabi, lukis kartun persenda hukum Islam dan hukum Hudud Allah SWT.Piraaaah!
Tun Mahathir bekas PM hapus kuasa raja supaya tidak melampau dan mereka boleh didakwa di mahkamah.Yang ni saya setuju sangat-sangat apa yang Tun buat.Mungkin Harussani terlupa bahawa Tun Mahathir sendiri tidak pertahankan kuasa raja! - MISAI MERAH

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa
ADMIN / OCTOBER 15, 2010

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).


2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).


Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.


3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).


Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).


4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).


5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)


6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.


7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).


Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.


8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.


9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji. Dr Maza

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-bangsa-dan-raja-bayangan-allah.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular