Monday, February 20, 2012

Panas: Rupanya Karam Singh Mendapat Habuan Lumayan Gara-Gara 'Pertahankan Lynas' Di TV3!


KUANTAN, 20 Feb - Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya wartawan Aduan Rakyat TV3, Karam Singh Walia (foto) selepas beliau mendedahkan isu Lynas berapa bulan yang lalu.


Beliau yang dianugerahkan gelaran "Dato" selepas itu dikatakan tidak lagi muncul-muncul untuk membantu Kerajaan UMNO BN mempertahankan isu Lynas yang kononnya dipesongkan fakta oleh pembangkang kepada rakyat.

PDO cuba menyiasat, kenapa tiba-tiba Karam Singh yang selama ini gemar membela rakyat dalam banyak isu yang didedahkan tiba-tiba "membela kerajaan" dalam isu Lynas.

Walhal selama ini, beliaulah yang bertanggungjawab membongkarkan berbagai penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan dalam mempertahankan rakyat.

Namun, anehnya dalam isu Lynas tiba-tiba Karam Singh berubah hati. Rakyat yang teraniaya tidak dibela, sebaliknya beliau mencari bahan-bahan hingga ke Australia semata-mata ingin membela kerajaan dalam isu kontroversi itu.

Apakah yang berlaku sebenarnya?. Kenapa Karam Singh tiba-tiba sudah tidak prihatin dan cakna kepada masalah yang dihadapi rakyat. Kenapa dia tiba-tiba menjadi pembela kepada kerajaan yang melaksanakan satu projek yang dibantah rakyat.

Jika ini keadaannya, maka siaran rancangan Aduan Rakyat tidak layak lagi untuk disiarkan oleh TV3 kerana Karam Singh boleh terus membela kerajaan dalam apa jua isu yang rakyat dedahkan atau laporkan kepadanya.

Tapi, anehnya dalam isu-isu lain beliau kononnya menjadi "juara rakyat", tapi berubah hati dalam isu Lynas. Tindakan Karam Singh benar-benar mengecewakan rakyat Kuantan, malahan beliau menipu diri sendiri apabila hanya menemubual ahli UMNO dalam hal itu.

Sedangkan beliau sepatutnya mendapatkan juga kenyataan daripada NGO yang membantah Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Stop Lynas Coalition (SLC) dan sebagainya.

Namun, dalam hal ini Karam Singh lebih rela membela kerajaan dan Lynas Corporation yang kaut untung lumayan dengan mendirikan kilang berisiko di kawasan ini.


Laporan berita Eksklusif di TV3 tentang isu Lynas, di mana Karam Singh dipercayai mendapat habuan lumayan di atas pendedahan beliau ini

[Maka, setelah sekian lama menyiasat akhirnya PDO mendapat maklumat panas yang pasti mengecewakan ramai pihak. Karam Singh dipercayai telah memaksa Kerajaan Negeri Pahang membayar beliau dengan sekian harga jika mahu dia membela nasib mereka dalam isu Lynas.

Malah, dengan duit tersebut beliau telah pergi ke Australia dan mendapatkan maklumat berkaitan untuk didedahkan. Beliau dengan lantang membela kerajaan, kononnya rakyat telah ditipu dengan fakta Lynas sebelum ini.

Soalnya, berapakah jumlah "habuan" yang diterima oleh Karam Singh?. Menurut sumber, jumlahnya melebih RM100,000 dan urusan terbabit dilakukan terus dengan pemimpin besar UMNO BN di Pahang.

Kami sedang menyiasat siapakah pemimpin terbabit dan kenapa beliau sanggup "merasuah Karam Singh" untuk membela kerajaan dalam isu kontroversi itu agaknya. Nantikan laporan yang seterusnya tentang isu ini]. PDO

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-rupanya-karam-singh-mendapat.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular