Masyarakat Cina Endau Sokong Pakatan Rakyat
Sememagnya wajar kalau Umno Johor jadi ketidaktentuan hala dan sanggup menggunakan apa saja senjata dan tektik untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dari merampas negeri berkenaan. Senjata itu termasuklah mengupah, memberi semangat pil kuda kepada anak-anak muda liar untuk membuat khianat, provokasi dan menganggu majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat.
UBN Johor kini benar-benar sudah terdesak seperti mana saya perkatakan sebelum ini [ Baca SINI ]. Gelombang atau pun arus yang berlaku di Johor ke belakangan ini mengejutkan dan menyintakkan para pemimpin Umno Johor. Manakala tindak balas UBN ke atas kemaraan Pakatan itu di luar norma politik.
Kejadian di Semberong di mana kereta dinaiki Anwar dibaling batu sampai remuk cermin depan dan ditendang hingga pintu kemek manakala bangsal ceramah dibaling batu, air kencing dalam botol mineral serta dicerca membawa tafsiran itu; bahawa UBN sudah benar-benar terjempit dan menjadi iseng.
Memang gelora yang berlaku di Johor luar biasa. Kepulangan panglima dari pertapaan Salahuddin Ayub ke negeri kelahirannya memberi semangat dan momentum baru. Apa yang berlaku di Endau malam tadi misalnya membuktikan hakikat itu. Majlis pertemuan Tahun Baru Cina dengan masyarakat Endau dengan Anwar dihadiri lebih 5,000 orang. Lebih tiga suku yang memenuhi dewan dan berhimpun di luar dewan terdiri dari masyarakat China.
Merujakan juga orang Melayu turut hadir dengan membawa anak dan isteri lagaknya macam tempat ceramah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Tidak pernah berlaku pemandangan seperti ini sejak berpuluh tahun lalu. Hanya majlis anjuran Umno dan BN sahaja yang dihurungi oleh orang Cina.
Mereka juga bersemangat apabila sejak jam 5:00 petang lagi dikatakan berduyun-duyun masyarakat Cina berada di kawasan ceramah itu. Paling menakjubkan mereka bukan datang sendirian tetapi dengan membawa anak isteri dan keluarga.
Seorang perempuan Cina berusia 60an apabila ditanya; untuk apa datang, dengan jelas dia menerangkan mahu melihat Anwar Ibrahim. Saya bertanya siapa Anwar Ibrahim, katanya itu orang akan jadi Perdana Menteri. Lho!
Rupanya angan-angan untuk melihat Anwar jadi PM sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Cina khasnya di Endau itu. Nama Anwar sudah terkemen dalam minda orang Cina. Mereka nampak optimis. Saya menyoal mereka, bukankah Anwar jahat? Cina itu marah dengan bertanya balik kepada saya, sapa kata dia jahat, orang yang tangkap dan penjarakan dia itu jahat. Lho...
"Asok.." kata saya, "itu silap yang banyak wang bukan isteri Najib, tetapi Sharizat Jalil."
"Iya ke Salijat Jalil itu sapa, dia bukan isteri Najib ke..?" Tanya Cina perempuan itu. "Bukan..." kata saya, "isteri Najib Rosmah..."
Cina di sebelah menyampuk "cong ching cong ching..." saya tak faham. Saya bertanya kepada Cina tua itu; apa dia kata. "Dia kata isteri Najib itu yang ada cincin RM24 juta..." saya tergelak besar mendengar terjemahannya dan berjalan masuk ke dalam dewan dengan perasaan geli hati.
Sewaktu saya sampai masih ada ruang kosong dalam dewan itu. Tidak sampai 15 minit dewan itu penuh sesak sampai terpaksa duduk dilantai.
Sebaik Anwar tiba orang ramai menerkam ke arahnya berebut untuk bersalaman. Saya lihat ada orang Cina memeluk erat Anwar seakan tidak mahu lepas.
Di pentas Anwar memberi peluang untuk orang ramai merakam gambarnya bersama barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Timbalan Yang Dipertua Pas Mersing yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ustaz Azan Abd Razak dan lain-lain.
Sepanjang Anwar bersyarah mendedahkan kebobrokan UBN dan janji-janji PR orang ramai bertepukan bergemuruh, sesekali diselami dengan laungan "Hidup Pakatan Rakyat... Hidup Pakatan Rakyat" suara itu bergumpal dalam satu nada setiap yang ada di dewan itu.
Sedang orang ramai asyik dan terhibur dengan gaya Anwar, beliau meminta diri untuk bergegas ke Semberong kerana di sana masih ada satu lagi ceramah yang perlu dipenuhinya. Melihat reaksi masyarakat Tionghua di Endau itu saya berani menyimpul tali bahawa lebih 90 peratus Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13..[ Baca SINI ] Majlis di Endau itu pasti akan mengecutkan perut Dr Latif Ahli Parlimen Endau.
Sesuatu yang istimewa sepanjang majlis itu berjalan ia berlangsung dalam suasana yang aman dan tertib dan penuh muhibbah. Tidak ada provokasi, elemen rasis serta gangguan dari pemuda liar yang berfikiran 'selat' seperti terjadi di Semberong yang sombong. [wm.kl.9:33 am 20/02/12] MSO
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kenapa-najib-marah-sangat-ni.html
No comments:
Post a Comment