mana UMNO?? mana JATI??? mana PERKASA?? kata bela islam??? sembg ja lebih - PapaRayyan Haikal
Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Duta berhubung 'kebiadaban' tentera yang membakar Al-Quran di Afghanistan, baru-baru ini.
Sebelum itu, kira-kira 200 umat Islam termasuk Pemuda PAS dan mahasiswa berarak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan itu bagi membantah dan mengecam tindakan tentera Amerika itu.
"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.
Berita Penuh :
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.
Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.
Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).
Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.
Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.
Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.
"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.
Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.
Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.
Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.
Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.
KUALA LUMPUR, 24 Feb: DAP melahirkan rasa kesalnya dengan kejadian yang cuai di Afghanistan di mana beberapa naskhah kitab suci Al-Quran telah dihantar ke tempat pembuangan sampah dan dibakar di sebuah Kem Askar Amerika.
Bagi DAP, tindakan ini merupakan tindakan penodaan dan penghinaan terhadap agama Islam yang tidak boleh diterima.
"DAP menyesal, tindakan kurang sensitif ini yang tidak sepatutnya berlaku," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah pun meminta maaf dengan segera dan berjanji untuk mengambil langkah untuk mengelakkan pengulangan kejadian ini dan juga untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.
"Ini merupakan reaksi yang positif daripada pihak Amerika, dan kami berharap bahawa tindakan susulan akan diambil supaya insiden seperti ini tidak akan berulang," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Pada masa yang sama, DAP menolak keras penggunaan kekerasan, dan menyesal bahawa tindakan balas telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika.
"Kami menyeru agar semua pihak akan bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru sementara penyiasatan sedang dijalankan.
"Sebagai parti yang mendokong prinsip keamanan dan keadilan, DAP menekankan keperluan untuk kefahaman dan persaudaraan antara semua orang dalam dunia yang pelbagai budaya dan agama ini," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kehebatan-umno-berbanding-dengan-dap.html
No comments:
Post a Comment