Friday, February 24, 2012

Bukti "Kejayaan" Transformasi dan demokrasi Najib

SAMPAI BILA KAMU NAK DI TIPU OLEH DIA ?
Dari Tranformasi Politik... Kpi... 1 Malaysia... dan Watassiyah semua nya hanya Penipuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Najib (DSHN) dan Umno keseluruhan nya... dengan tidak memanggil Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Negeri-Negeri Pakatan Rakyat (PR) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah tidak profesional dan beretika ( Baca SINI ) ... patut lah tak mahu berdebat... Masyuarat MB/KM pun tak sanggup nak panggil... kah kah kah !!!.

Belum pernah terjadi dalam sejarah kejadian ini... dan DSHN telah mengukir Sejarah yang akan dikenang dalam Sejarah Negara... kerana Masyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah Perjumpaan Ketua-Ketua Negeri yang dianggap sebagai Simbolik Perpaduan Gambungan Negeri-Negeri Dalam Negara Malaysia.... tak kira Parti mana yang Memerintah Negeri-Negeri tersebut.

Tidak Undang MB Pakatan Najib Tidak Profesional

Keengganan Ha Najib Razak untuk memanggil sama menteri besar Kelantan, Selangor, Kedah dan ketua menteri Pulau Pinang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar menunjukkan apa yang diucapkan Najib masih tidak terlaksanakan.

Najib masih menerusikan politik dendam yang diamalkan sejak zaman Mahathir Mohamad dan sebelumnya yang tidak sedia menjemput menteri besar negeri pembangkang hadir sama dalam mesyuarat itu meskipun ada peruntukan untuk berbuat demikian.

Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan MB Selangor, Khalid Ibrahim; kalau Najib tidak mahu mengundang sama menteri besaar Pakatan Rakyat eloklah mesyuarat itu diubah kepada nama mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. Jangan kelirukan rakyat dengan menamakan mesyuarat itu - Mesyuarat Bersama MB.

Bukan saja Khalid dan menteri besar kerajaan Pakatan Rakyat, rakyat di negeri berkenaan juga sedih dengan tindakan Najib itu. Seperti mana kata Khalid, tindakan Najib mengasing dan mengenepikan menteri besar kerajaan Pakatan menunjukkan Najib tidak sedia mengimplimentasikan slogan yang dilaungkan sendiri, sloga 1 Malaysia.

Tidak sepatutnya MB dari Pakatan dikecualikan kerana sumbangan mereka kepada pembangunan negara bukn sedikit. Lebih separuh sumbangan ekonomi kepada kerajaan Persekutuan datang dari kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Najib beriya mahu melakukan transformasi politik dan perubahan pendekatan dari mengekang mana-mana pihak kepada keadilan. Namun dengan apa yang beliau lakukan itu jelas menunjukkan dia membohongi dirinya sendiri. Beliau masih meneruskan pendekatan lapok berdendam dengan rakyat yang tidak menyokong UBN di dalam pilihan raya.

Apa yang sedang dilakukan Najib diperhatikan.

Dr Mahathir selama menjadi PM 22 tahun itulah yang dipraktikan. Beliau tidak sekali pun mengundang Nik Aziz untuk sama-sama menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersar berkenaan. Jadi janji Najib hendak membawa perubahan hanya janji semata-mata bukan sesutau yang benar. Apakah Najib masih menerima nasihat Mahathir dalam hal ini agar terus mengenepikan kerajaan yang tidak sehaluan dengannya?

Walhal konsep federalisme jelas sekali melarang seorang perdana menteri bersikap demikian. Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang masih tertakluk dengan konsep federalisme itu. Najib sepatutnya tidak boleh merenggangkan mereka.

Kepada saya sikap dan tindakan Najib itu satu kesalahan. Ia tidak memberi markah tinggi kepada pentadbirannya sebagai perdana menteri. Malahan ia salah dan memberi imej buruk kepada dirinya sendiri. Zaman sekarang zaman rakyat sudah cerdik dan pintar serta tahu apa juga undang-undang. Usaha melindungi kebenaran dan meneruskan tindakan zalim dan dendam menyebabkan rakyat akan membenci Najib dan UBN.

Penerusan dasar atau tindakan politik Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi tidak memberi keuntungan kepada Najib dan UBN. Orang ramai akan melihat Najib tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk mengubah pendekatan atau tindakan sebelum ini melainkan menuruti acuan yang sedia ada. Ketidakmampuan Najib melakukan transformasi pentadbirannya itu akan dilihat sebagai kelemahan sebenar Najib dalam politik.[wm.kl.9:10 am 24/02/12] - MSO


WALAUPUN GAGAP TAPI TAK MENIPU MACAM NAJIB - Klik SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/bukti-kejayaan-transformasi-dan.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular