Thursday, February 23, 2012

Bongkar !! Awang Adek terlondeh lagi

Pembocor maklumat yang mendedahkan bukti kononnya ada amalan rasuah yang membabitkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membuat lebih banyak dakwaan terhadap bekas ahli parlimen Bachok itu.

Dalam blog yang tidak dikenal-pasti itu, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Whistleblower 771, mendakwa bahawa penjelasan Awang Adek yang deposit tunai dalam akaun peribadinya itu hanya sebagai "separuh benar".

Penulis blog itu berkata ini kerana deposit tunai berkenaan dibuat di atas nama beliau dalam kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Walaupun Whistleblower 771 tidak membekalkan bukti kali ini, namun katanya, sumber yang boleh dipercayai berkata jawatankuasa SJJB itu adalah juga "jawatankuasa yang menimbangkan semua pemberian kontrak utama kerajaan".

"Sebagai (pengerusi) jawatankuasa kerja SJJB, beliau mempunyai hak untuk memula dan membuat 'cadangan' ke atas mana-mana kontrak utama yang akan dianugerahkan oleh kerajaan," katanya.

Menurut lamanweb itu lagi, fungsi SJJB termasuk "mengenal pasti syarikat Bumiputera yang memiliki keupayaan dan membantu supaya syarikat-syarikat berkenaan layak untuk penyenaraian (awam)."

Antara syarikat bumiputera yang dibantu oleh SJJB untuk disenaraikan adalah Psetarian Berhad yang menurut TA Securities banyak menerima kontrak kerajaan berhubung penglibatan syarikat itu dalam program SJJB.
NONE
Dalam posting baru, pembocor maklumat itu juga mengeluarkan satu salinan baucar bayaran daripada Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada Awang yang dikatakan bernilai RM80,000. Mkini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/bongkar-awang-adek-terlondeh-lagi.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular