Orang terkaya M'sia hasil konsesi k'jaan
Feb 18, 2012 Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata golongan yang muncul sebagai individu terkaya Malaysia merupakan hasil daripada dasar kerajaan BN.
"Kesemua mereka menjadi kaya disebabkan dasar kita, sama ada secara langsung (atau tidak langsung).
"Sebabnya, apa yang mereka dapat, mereka tidak dapat kontrak tapi mereka dapat konsesi untuk cetak wang.
"Saya kaji setiap seorang daripada mereka, ada di kalangan mereka ada di dalam bilik ini hari ini," katanya lagi.
Perdana menteri merujuk kepada angka terbaru yang dikeluarkan oleh Malaysian Business yang mendedahkan bahawa negara ini kini mempunyai 30 bilionair.
Menurut majalah itu, tiga teratas di dalam senarai tersebut adalah hartawan Tan Sri Robert Kuok, Pemilik TV satelit Astro Tan Sri Ananda Krishnan dan pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Perdana menteri berkata, walaupun individu itu tidak menerima konsesi kerajaan, mereka juga "berada di tempat yang betul pada masa yang betul."
DASAR UMNO / BN?? |
Najib berkata, dasar BN juga telah memberikan kestabilan untuk membolehkan perniagaan dijalankan serta perkembagan ekonomi dicapai.
Tambahnya, golongan tersebut juga mempunyai semangat keusahawanan yang lebih tinggi berbanding golongan bumiputera.
Golongan masyarakat itu juga berjaya disebabkan sikap mereka yang berjimat-cermat, kata Najib lagi.
Sape BOROS ?? |
Beliau yang merayu supaya diberikan mandat dalam pilihan raya umum akan datang, turut memuji masyarakat Cina yang banyak memberi sokongan politik, selain menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dari segi ekonomi dan pendidikan.
"Komuniti Cina tidak akan mendapat keuntungan jika negara ini berada dalam kucar-kacir," katanya lagi ketika berucap di satu persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini.
Najib turut mengambil peluang untuk menyelar individu tertentu dalam pembangkang yang didakwa tidak menjalankan usaha untuk memastikan kewujudan sekolah Cina.
Sebaliknya, beliau sanggup mengambil risiko politik untuk meminda Akta Pendidikan bagi menjamin kewujudan sekolah berkenaan ketika dilantik menjadi menteri pendidikan.
Usaha itu berbeza dengan apa yang telah dilakukan "seorang ahli pembangkang" yang tidak menjalankan perubahan tetapi lebih cenderung untuk mendapat sokongan golongan berhaluan kanan dalam Umno.
"Hari ini ia bukan lagi soal sama ada sekolah Cina wujud atau tidak, satu-satunya persoalan ialah bagaimana untuk dapatkan lebih banyak pembiayaan, dapatkan lebih banyak guru atau pembesaran (sekolah) tapi soal kewujudan sekolah Cina bukan lagi satu kemusykilan," katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan juga mahu mendengar keluhan masyarakat itu.
"Jika anda tidak mahu MRT lalu di kawasan tertentu, kita boleh bincang, kita boleh perbaiki jajaran di kawasan itu," katanya lagi.
Kenyataannya itu jelas merujuk kepada bantahan yang disuarakan oleh pemilik bangunan dan peniaga di Jalan Sultan Kuala Lumpur yang terjejas dengan pembinaan laluan tren itu.
Tarikan utama dalam program anjuran institut kajian strategi ASLI dan juga pusat kajian MCA itu ialah debat perdana di antara presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Perbandingan Orang Kaya VS Orang Kebanykan di Malaysia?
Merujuk senaraian 10 orang terkaya di Malaysia [ SINI ], kami tertarik dengan kenyataan Raja Nazrin [ SINI ] apabila kami membanding kalangan orang terkaya di Malaysia dengan pecahan penguasaan ekonomi mengikut kaum di Malaysia.
Raja Nazrin mengatakan & membidaskan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) :
sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dilaksanakan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 2, Tun Abdul Razak dan hasilnya sekarang adalah seperti yang anda lihat pada gambarajah di atas. - Artikel Penuh [ SINI ]
No comments:
Post a Comment