
2. Bukan dalam konteks untuk membela Anwar tetapi untuk berlaku adil kerana ia lebih dekat kepada taqwa. Sebab apa yg beliau sebut sebenarnya itulah yang termaktub dalam piagam PBB dan diputuskan dalam banyak resolusi PBB.
Semua resolusi PBB termasuk yang membela Palestin spt 224, 338 semuanya dalam konteks 'menjamin keselamatan Israel. Ini jugalah yang terkandung dalam semua bentuk perjanjian damai yang termetri di antara PLO (kemudian Fatah) dari tahun 1993 hingga kini yang menjurus kepada penubuhan negara Palestin dan Israel secara berjiranan.
3. Kerajaan Malaysia meskipun tdk mengiktiraf Israel, menyokong usaha perdamaian dan semua penjanjian damai dgn Israel sejak dari Oslo, Taba, Sharmul Syeikh, Cairo summit, Camp david I dan II.

Bererti kerajaan Malaysia secara explicit menyokong penyelesaian 2 negara - iaitu negara Palestin yang berdaulat. Jika penyelesaian 2 negara menjadi kenyataan maka kerajaan Malaysia tidak ada pilihan melainkan mengiktiraf kedua-duanya - inilah implikasinya. Kerana negara Palestin yang berdaulat berdasarkan penyelesaian 2 negara adalah bertimbal balik dgn mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang berhak wujud.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-israel-palaestin-tolong-faham.html
No comments:
Post a Comment