Monday, January 30, 2012

Kritikan Dr Aziz Bari ditegur

ALOR SETAR: Kritikan pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dibidas Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Menurutnya, kritikan Aziz itu sebagai keterlaluan apabila ‘menghambat’ Ustaz Azizan menyertai BN dan melabelkan sebagai pro-Auku.


“Dr Aziz Bari tak perlu celupar dalam mengemukakan pandangan! Ini bukan kali pertama beliau mengkritik secara keterlaluan pimpinan PAS. Sebelum ini beliau pernah menyamakan Presiden PAS seperti Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan membuat gesaan meletak jawatan.

“Beliau ahli akademik, kritikan biarlah dalam kerangka intelek dan kewajaran. Tetapi Dr Aziz Bari dilihat lebih politik dari orang politik,” selarnya.

Ujar Ahmad, sebagai ahli akademik dalam bidang perundangan, Aziz Bari perlu berperanan mewaraskan penyelesaian terbaik melalui penilaian faktor yang melingkari Ustaz Azizan sebagai seorang Menteri Besar.

Katanya lagi, sebagai individu yang diiktiraf pakar perlembagaan, beliau sepatutnya lebih memahami kekangan dan dilema dalam hubung kait perundangan melibatkan antara Negeri dengan Persekutuan.

“Patutkah dengan hanya isu ini Ustaz Azizan dihambat untuk masuk BN? Siapa Dr Aziz Bari? Beliau bercakap untuk siapa? Kenyataan tersebut mengguris hati ahli PAS dan menimbulkan rasa tidak senang rakyat Kedah.

“Jadi, beliau tidak perlu menimbulkan situasi pertarungan politik sebaliknya saya syorkan mailah Kedah kerap sikit, kenali MB Kedah dengan lebih dekat. Mungkin satu hari, Dr Aziz boleh jadi orang kuat di Kuin pula. Dr Aziz perlu ramai kawan dalam politik jangan perbanyakkan musuh,” seru Ahmad.

Dr Aziz dalam satu wacana menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Ustaz Azizan berikutan isu penggunaan Auku di Kuin. Aziz juga mengatakan bahawa Azizan sepatutnya menyertai BN kerana didakwa pro-Auku. - Penerangan Pemuda PAS Kedah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular