Sunday, January 29, 2012

APA BEZANYA Ucapan DSAI dgn ucapan Menteri Luar ???? Bukti UMNO Yahudi + Video

Ini yg DSAI ucap:
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

(DSAI menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.)

Ini pula ucapan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

"Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.


Lihat di bawah ni .. Siapa sebenarnya Pengkhianat????


TERJEMAHAN :

May 25, 2010
The Honorable John F. Kerry, Chairman
The Honorable Richard G. Lugar, Ranking Member
Committee on Foreign Relations
United States Senate
Washington, D.C. 20510

Ke Hadapan Senator Kerry dan Senator Lugar:

Bagi pihak B’nai B’rith International yang memiliki 200,000 ahli dan penyokong, kami menulis untuk melahirkan keperihatinan kami mengenai pengunguman anti-Semitik yang melampau oleh ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Anwar, yang telah meluangkan beberapa tahun di Washington, D.C. menanamkan imej pro-Barat, telah bagaimana pun menggunakan kedudukannya di parlimen Malaysia sebagai ruang untuk menyebarkan propaganda anti-Semetik. Kritikannya yang terbaru terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah ditabur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel, seperti kata-kata pada April 30 bahawa pengintip Israeli sedang “terlibat secara langsung dalam urusan kerajaan.” Dalam peristiwa lain, beliau mendakwa kewujudan “Kakitangan perisik Israel di dalam Unit IT Polis.”

Anwar juga berkata di dalam parlimen, syarikat perhubungan awam yang "dikawal orang Yahudi" yang diupah oleh Perdana Menteri telah cuba untuk memperalatkan Malaysia supaya menyokong polisi-polisi AS. Ketika menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 pada 2008, beliau telah berkata pada temuramah dengan IslamOnline, “Saya ada bukti yang membuktikan kerajaan mendapatkan sokongan pelobi Yahudi dalam AS dan beberapa parti di dalam Israel.”

Memandangkan Anwar telah berperanan dalam kebangkitan perbahasan mengenai anti-Semitik di dalam politik Malaysia, kami meminta kepada para pegawai AS memutuskan pertalian dengan Anwar Ibrahim. Seorang penyebar kebencian anti-Yahudi seperti Anwar Ibrahim tidak sepatutnya menikmati hubungan positif yang dianugerahkan oleh Amerika Syarikat ke atasnya.

Terima Kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Kami berharap agar dapat berhubung berterusan dengan anda berkenaan perkara ini pada masa-masa akan datang.

Dengan penuh hormat,

Dennis W. Glick
Daniel S. Mariaschin
President Executive Vice President 

SUMBER TERJEMAHAN : http://hanief.blogspot.com/2011/02/komuniti-yahudi-marah-putuskan-hubungan.html


SUMBER ASAL : http://bnaibrith.org/letter52610.cfm


Jangan Putar Belit Kenyataan Demi Menghambur Fitnah

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). 

Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular