Program Pendaftaran Penyelesaian Menyeluruh Pekerja, Pendatang Asing Tanpa Izin 6P yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 31 Ogos.
Keputusan itu dibuat Kementerian Dalam Negeri ekoran semua kaunter pendaftaran, baik di pejabat Imigresen dan syarikat pengurus masih dikunjungi majikan dan pati untuk tujuan pendaftaran.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan berkata lanjutan itu dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk mendaftarkan pati yang enggan keluar ke lokasi pendaftaran.
Proses memujuk pula dilaporkan mengambil kira sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju untuk memberikan kerjasama.
Sementara itu, pati dan majikan sekali lagi diingatkan agar menggunakan peluang yang ada untuk mendaftar.
DATUK ALWI IBRAHIM/TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN PENDAFTARAN DAN IMIGRESEN
"Saya sekali lagi ingin menyeru kepada pati dan majikan untuk ambil peluang masa yang ada ni untuk mendaftar di pejabat Imigresen dan syarikat pengurus yang dilantik KDN, jadi ini ialah peluang keemasan yang perlu diambil pati dan majikan untuk pendaftaran yang tinggal baki beberapa hari sahaja lagi."
Sehingga Khamis lalu, 2,088,358 pekerja asing sah dan pati telah berdaftar menerusi Program 6P.
Proses pemutihan pula dijangka bermula pertengahan September ini. - beritatv3
Warga asing dikehendaki bersumpah menyokong BN
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."
Beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.
"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.
"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."
Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.
Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salam seorang daripada (pendatang asing)." - Baca SINI
Video - Skrip Sumpah PATI Sokong BN Dibongkar
No comments:
Post a Comment