Saturday, August 20, 2011

MCA dan Gerakan menempelak Kenyataan Nazri


Kenyataan Nazri mencerminkan PERGOLAKAN Dalam BN
Menteri di Jabatan Perndana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa ditemu ramah oleh pemberita dari Nanyang Siangpau, telah menyanjung tinggi DAP dan sebaliknya mengherdik serta menjatuhkan martabat imej MCA dan Gerakan, menyebabkan MCA dan Gerakan berasa tidak puas hati.

Pemuda MCA Dr. Wee Kah Siong dan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon pada masa yang sama iaitu hari Isnin yang lepas telah memberi tindak balas, menegaskan bahawa ahli komponen BN mempunyai sejarah bersama selama 50 tahun saling bekerjasama, tidaklah boleh (hanya) kerana salah satu ahli dalam Komponen lemah cuba dihentam dan direndahkan martabat ahli komponen yang lain. 


Semua orang dan semua ahli sepatutnya menghormati Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan yang telah mengasaskan semua di atas. UMNO, MCA dan MIC telah bersama menubuhkan perikatan, jika mana-mana parti dalam komponen mengalami masalah, mereka akan saling bantu membantu dan mencari jalan penyelesaian. Pada tahun 1988 semasa UMNO diumumkan tidak sah sebagai sebuah parti, MCA dan Gerakan pada masa itu tidak membelakangi janji-janjinya (dan) itu adalah contoh yang terbaik.


Pada tahun 1969 selepas PRU berlaku peristiwa rusuhan 3 kaum pada 13 Mei, telah mengubah fenomena politik di negara kita, politik perkauman telah timbul, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada September 1970, telah mengemukakan polisi ekonomi baru, ddengan harapan masyarakat dapat disusun semula dan seterusnya membasmi kemiskinan. Dengan adanya polisi inilah ia telah meningkatkan ekonomi masyarakat kaum Melayu. 


Bermulai saat itu, (maka) terpisahlah antara bumiputera dan bukan bumiputera. Selepas UMNO kembali dalam penyatuan (seterusnya) menjadi ketua dalam angkatan komponen BN, telah mengetuai serta menerajui tuju arah politik di negara ini.


Apabila UMNO menjadi besar dan kuat, kewibawaan MCA dan Gerakan semakin mengecil dalam perikatan mahupun di dalam komponen BN, pemimpin yang berada di dalamnya semakin tidak dihormati. Pada tahun 1980-an, apabila orang kuat UMNO, (Tun) Mahathir memegang tampuk kuasa UMNO, (maka) berlakulah doktrin dalam politik, pemimpin dalam komponen BN semakin jatuh kewibawaannya, apa yang dikatakan bertahkta tetapi tidak mempunyai kuasa sudah menjadi perjalanan politik yang tidak boleh diubah lagi, itu telah menjadi satu realiti.


Mahathir adalah seorang ahli politik yang kuat menekan isu perkauman, beliau terus berada di dalam politik selama 22 tahun, sering menggunakan isu kaum untuk perkukuhkan politik beliau, dimana parti komponen yang lain seperti parti yang berasaskan kaum Cina terpaksa tunduk dan ikut telunjuk - hanya melalui semangat perbincangan untuk pertahankan kepentingan serba sedikit yang boleh diperolehi.


(Dengan) Kuasa yang victor maka akan berlaku kehancuran - itu adalah pasti. BN di bawah pemerintahan Mahathir terlalu doktrin dalam politik, UMNO sangat bongkak dalam menangani politik dalaman komponen, timbul masalah kroni, berlaku rasuah sehingga rakyat bangkit membantah, sebab itu berlaku Tsunami politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini. PRU pada tahun 2008 - perubahan politik dwikuasa telah terbentuk semasa Tsunami politik Mac 2008, dimana MCA dan Gerakan dalam Tsunami politik telah tersungkur dan terbalik. 


Nasib baik BN masih dapat mengekalkan kuasa memerintah, UMNO masih tetap menjadi 'Big Brother', 'Second Brother' MCA telah kehilangan sokongan dari orang ramai, politik MCA habis menjunam dan kalah, boleh dikatakan dengan akar-akarnya sekali terbungkas.


Berhempas pulas dalam politik, sesebuah parti yang tiada kekuatan itu tidak akan perolehi penghormatan yang sepatutnya. Nazri sangat berani dan dengan bongkaknya memperlekehkan kedua-dua rakan parti yang lemah itu. Tetapi, dalam perjalanan politik selama 50 tahun perikatan, semua ahli komponen (sewajarnya) saling hormat menghormati rakan-rakan parti dan saling bantu membantu seperti yang diharapkan, lebih-lebih lagi apabila tewas pada PRU Mac 2008, ini adalah disebabkan berlakunya rasuah di dalam UMNO sendiri yang mengundang pengundi rasa tidak puas hati barulah timbul kesan-kesan itu, tidak boleh hanya menuduh MCA dan Gerakan yang sedang lemah.


Nazri sebagai ahli dalam kebinet (sewajarnya) amat faham tentang urusan dan pergerakan dalam BN, menjatuhkan rakan parti seperti itu hanya satu tindakan yang mengaibkan rakan parti, ia menunjukkan sesetengah ahli dan pemimpin dalam UMNO masih belum menerima pengajaran tewas pada PRU lepas, berlagak semakin menjadi-jadi, pasti ia (perbuatan Nazri) akan mengundang bencana pada UMNO dan BN pada masa akan datang.


BN adalah sebuah keluarga besar, PM adalah ketua keluarga, tetapi ahli-ahli di dalam keluarga asyik bertelagah, saling bunuh-membunuh sesama sendiri - jika ianya berterusan begiti, konsep semangat 1 Malaysia hanyalah sia-sia dan (akan) terhakis, dan semangat dalam komponen BN akan hanyalah ibarat satu sandiwara sahaja.


Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: editorial Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 17 Ogos 2011 (Rabu)


Tajuk: Apa Gunanya Saling Berbunuh-Bunuhan Sesama Sendiri
Ditulis oleh: editorial akhbar


-terjemahan/Q-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular