Tuesday, August 16, 2011

Panas !! Blogger UMNO bidas Pemimpin PEMUDA


Tegur lah salah seorang Pemimpin Pemuda di Pusat atau di Negeri ? Lihat reaksi dia bila di tegur. Dia itu pantang di tegur, adalah salah dari segi undang undang Pemuda bagi sesiapa yang menjadi ahli Pemuda untuk tegur pemimpin mereka. 

Suara akar umbi terus di pijak, Pemimpin di atas masih tidak berubah dan ini akan menjadikan pelapis yang betul dan bagus susah di bawa naik kerana Pemimpin ini hanya akan menerima mereka yang angguk angguk kepada segala arahan dan perintah Pemimpin Pemuda.


Mesti ada ramai yang pernah bercakap atau twitter dengan Ketua Pemuda. Dia hanya akan balas kepada akar umbi yang kuat kipas dia, atau kepada Pemimpin Negara yang twit dia. Kalau ada yang menegur dia secara ikhlas dan bertanggungjawab, kalau dapat lah satu jawapan, ia akan berbaur peril dan merendahkan maruah dia yang berani tegur Ketua Pemuda.


Pemimpin dia yang di lantik atau menang sudah tidak dapat membawa arus perubahan mengikut corak kepimpinan sendiri, kerana di tolak terus oleh Ketua Pemuda dengan tiada ruang untuk budi bicara dan berbincang demi kebaikan akar umbi yang sudah tidak larat mengikut arus kepimpinan seorang yang lemah memimpin ahli nya sendiri, tetapi riuh meriah memimpin ahli komponen dan pakatan yang lain. 


Hairan sungguh bila akar umbi di minta mengadakan program tetapi di minta untuk mencari dana sendiri untuk menangkan dia yang jadi Ketua Pemuda. Mesti Ketua Pemuda ini silap dan ingat bahawa akar umbi daripada golongan bangsawan yang berpendapatan tinggi seperti dia dan mampu menjana modal untuk mengadakan program di merata tempat di Negara. Tetapi tidak, akar umbi sudah berada di tahap yang kritikal dan tidak lagi dapat meneruskan perjuangan mereka dengan hanya suara marah daripada pemimpin bersama Ketua nya sekarang.


Tidak kah ini Ketua Pemuda semasa perhimpunan dulu janji akan turunkan dana supaya akar umbi dapat menjalankan program yang berguna untuk rakyat. Tidak kah ini Ketua Pemuda yang begitu kaya sampai dapat membeli jam di Paviliion dengan harga lebih seratus ribu tetapi yang di bawah hendak beli jam satu ratus ringgit pun tidak mampu. 


Sejak bila Ketua Pemuda dapat kekayaan ? Daripada ehsan orang lain ? Hendak beli saham untuk di jual dengan harga yang tinggi pun kena ada orang yang beri duit dulu. Tak kan ada BHD yang percaya sangat kepada Ketua Pemuda sampai beri percuma supaya dapat di jual balik untuk mengguntungkan dia. Adakah ini cara menjadi seorang Pemimpin kepada rakyat, atau seorang pemimpin kepada pemimpin dia lantik sebagai council dia. Kaya jadi lebih kaya, miskin jadi lebih miskin.


Demonstrasi BERSIH baru baru ini telah buka mata ramai daripada akar umbi. Di mana mereka yang konon nya ada sokongan akar umbi ? Sandiwara di depan kamera untuk jadi artis di lihat seperti tiruan cara Pakatan melaksanakan demonstrasi BERSIH. Sandiwara dan cerita yang sedih untuk meraih simpati rakyat, bah di sini, akar umbi. Berapa lama Ketua Pemuda ini dapat bertahan ? 


Sokongan dari akar umbi ke kepimpinan paling atas sudah tidak ada, tetapi dia masih ingat ada orang yang sokong. Keadaan ini sama seperti bila Pakatan mengatakan bahawa 8,000 rakyat di jalanraya mewakili 28 juta warga Negara.


Kepimpinan teratas telah beri mandat kepada Ketua Pemuda untuk merapatkan akar umbi dan kukuhkan jentera, jelas sekali tidak ada apa yang di rapat, atau mungkin kepimpinan dia sahaja rapat dengan Ketua Pemuda tetapi jauh di bawah di mana akar umbi duduk tidak rapat bah di tolak oleh kepimpinan Pemuda dan hanya di panggil bila ada program untuk mata pemimpin teratas Negara. 


Itu pun hanya untuk buat ‘live show’ dan bukan ada apa apa manfaat kepada jentera dan akar umbi. Parah ke tidak keadaan ? Walau pun dari utara ke selatan, timur ke barat berhujah sampai air liur pun tidak ada lagi, Ketua Pemuda masih buat pekak kerana hanya dia yang paling pandai daripada semua manusia di dunia ini, dan tidak patut di tegur kerana dia saja lah berpelajaran paling tinggi di antara setiap manusia di dunia.


Peniaga Besar bukan Melayu yang dulu bersama dia walau apa pun, sekarang di lihat menjauhkan diri daripada Ketua Pemuda kerana sudah tidak tahan dengan cara dia yang biadap dan angkuh tidak mahu mendengar teguran dan nasihat untuk kebaikkan peniaga besar untuk membantu ekonomi


Ketua Pemuda sudah hilang taring, Ketua Pemuda sudah hilang sokongan, Ketua Pemuda sudah hilang rakan perniagaan. Hanya tinggal adalah yang bawa kipas besar dan rakan sekolah dia. Rakan sekolah dia tak pernah masuk campur dengan urusan Ketua Pemuda selain dari jadi seorang rakan.


Proxy yang ada sekali pun menunggu masa sahaja sekarang untuk lepaskan saham mereka di dalam syarikat besar kerana tidak tahan di ugut oleh mereka yang lontarkan nama Ketua Pemuda untuk mendapat tender dan ekonomi daripada syarikat yang mereka di proxykan. Kadang kadang yang pegang proxy itu hanya tahap SPM sahaja pendidikan. Bagaimana duit di cari dan digunakan kita tidak akan ketahui sampai semua proxy ini keluar secara sukarela kerana sudah tidak tahan atau menjadi proxy kepada ahli pemimpin yang lain dan lebih berkuasa.


Sedih kerana Pemuda daripada pakar silat sudah di turunkan kepada ballet di atas pentas. Jangan salahkan akar umbi kerana kekuatan dan tanggungjawab di akar umbi cukup baik, salah kan dia yang memimpin mereka. Salah kan dia yang sudah beri janji demi janji tetapi utara sampai selatan masih menggunakan duit poket sendiri untuk menangkan seorang Ketua Pemuda yang tidak pernah fikir pasal masa depan mereka.


Kalau kita dapat ucapkan selamat tinggal kepada dia lebih cepat, mungkin kita dapat selamatkan anak kita daripada mengikuti perangai dia, selamatkan anak anak muda yang bakal jadi pemimpin daripada ikuti cara dia, selamatkan Negara daripada seorang yang tidak ada taring dan kebijaksanaan untuk memimpin akar umbi. - kritis-online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular