Monday, August 15, 2011

Gempaq!!! Kambing Spesis Bertelur - Utusan Malaysia

Rakyat cari maklumat alternatif, media BN asyik muuhoooooonggg memanjang… 


Tok Hisham dok resah kerana penggunaan media baru diguna sepenuhnya oleh pembangkang. Kata Tok Hisham lagi…pembangkang menerusi media baru telah menghasut rakyat ambil bahagian dalam aktiviti menyalahi undang-undang demi keuntungan politik mereka.

Kata Tok Hisham lagi…banyak dia berkata-kata …menjelang pilihanraya ke12 lalu ramai menteri dan pemimpin kerajaan tidak percaya pengundi boleh terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam internet.


Auw…kata Tok Hisham lagi….setengah laman web kerajaan seperti tertinggal 50 tahun kebelakang kerana maklumat tidak dikemaskini dan paparan tidak kreatif lansung.


Hemmm…katanya kerajaan menggunakan media seperti tv, akhbar dan radio tetapi tidak berkesan dan mengharapkan kerajaan juga menggunakan media baru melawan pembangkang dan Tok Hisham kata lagi persepi umum sekarang terutama kepada golongan muda media seperti tv, akhbar dan radio yang dikawal selia oleh kerajaan tidak benar, mengampu dan mengarut.


Sukalah SM nak celah, memang itu kebenarannya Tok Hisham, selain mengampu, apa lagi yang ditonjolkan oleh media arus perdana yang dikawal selia kerajaan…menggunakan sewenang-wenangnya untuk liputan persidangan UMNO haprak…program parti Be End…fitnah kepada pembangkang, memainkan isu mengikut kepala hampa…merendah-rendahkan kebolehan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.


Bila media baru banyak digunakan pembangkang, hampa gaduh..bukan pasal apa..kerana kebanyakan media ini tidak berpihak kepada UMNO APCO…kalau nyata dok ampu dan yes man..tentulah tidak salah dimata hampa. Rakyat telah cerdik terutama golongan muda, mereka dah jemu dan jelak dan jadi tak percaya pada media arus perdana yang 100% memihak kepada kerajaan dan langsung tidak demokrasi.
Apa yang pembangkang ingin utarakan di ruang media baru seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain hanyalah ingin menceritakan hal sebenar terutama penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO APCO terhadap rakyat. Cerita yang dibawa bersama fakta dan berpijak dibumi nyata. Contoh himpunan bersih 2.0 yang baru lalu, kalau nak ikut media arus perdana hampa…200% pembohong dan menggambarkan himpunan bersih 2.0 tu ganas. Walhal cerita sebaliknya…polis yang bertindak ganas..
Rakyat boleh lihat kejadian sebenar melalui blog-blog, facebook dan sebagainya..untuk melihat keadaan sebenar.


SM sukalah sekiranya saranan Tok Hisham agar blog-blog kerajaan dikemaskini dan jangan lagi seperti dizaman pop yeh-yeh. SM tau..orang kat sana bekerja dibayar…tapi kami disini Tok Hisham tidak dibayar…yang penting bagi kami..kebenaran dapat dihebahkan dan serangan-serangan liar UMNO APCO dapat kami patahkan. (hai…takkan kami nak biaq hampa sedap dok godam kami….)


SM like..like..like kata-kata Tok Perak dalam coretannya ‘kopi pahit hujung minggu’… “Kalau web rasmi pun tak kemas kini, macamana nak lawan pembangkang yang selaku peka di alam siber’.


Apa pun..tajuk artikel tu pun menarik …Media baru vs media lama….hahahahahha …adatlah..hat lama tu…tunggu masa nak expired ..lebih-lebih lagi yang haprak, hapak, busuk dan macam-macam yang orang tak suka.


Selamat meneruskan ibadah puasa….dan selamat mengejar Lailatur-Qadar… KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular