Wednesday, August 17, 2011

Najib Hipokrit!!! Ajak hayati Al-Quran tapi Sanggah kandungannya

WarkahDaily – Bersempena kedatangan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul Qur'an, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya telah mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya menghayati kandungan Al-Quran.

“Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

“Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran,” kata Najib (gambar).

Alangkah bagusnya jika apa yang dituturkan itu juga turut dipatuhi Najib sendiri sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam untuk turut mentaati perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran dalam urusan pentadbirannya seperti mana yang disuarakan kepada rakyat Malaysia.


Adik Beradik

Jika tidak, itu namanya hipokrit dan tak jujur dalam pertuturan. Manis mulut ajak rakyat hayati Al-Quran tetapi diri sendiri tidak mahu ambil pedoman dari Al-Quran dalam urusan pentadbiran. Al-Quran sekadar dijadikan bahan pertandingan setiap tahun tanpa menjadikannya sebagai panduan tertinggi dalam urusan kehidupan.


Dipetik dari Bernama, Najib menyatakan, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.


Bagus ajakan Najib tapi beliau perlu tauladani dahulu dalam pentabirannya supaya rakyat juga turut menerima limpah rahmat dan hidayah Allah apabila sesebuah negeri itu ditabdir dengan iman dan taqwa.



Sudah tentu tiada lagi penyalahgunaan kuasa, tidak menutup aurat, rasuah, songlap wang rakyat, agih harta kekayaan negara sesama anak beranak dan sebagainya.



Yang lebih penting, urusan tadbir negara dapat diurus dengan cemerlang dan telus kerana ia sebahagian dari panduan yang telah ditetapkan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan diajar oleh nabi SAW. 


Baca Koleksi Terbaik Pimpinan UMNO "Membela" Islam >>>>  


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular