Tuesday, August 16, 2011

UMNO bakal lenyapkan Bangunan Warisan ...

Pertahankan warisan kita
Projek MRT Sungai Buloh – Kajang dijangka bermula November ini. Inisiatif mewujudkan pengangkutan awam yang efisyen dalam bentuk MRT ini sangat dialu-alukan kerana jika berkesan ia bakal mengurangkan bilangan kenderaan keluar masuk ke Kuala Lumpur dan persekitarannya.

Namun demikian mengikut laporan NGO Badan Warisan Malaysia telah melahirkan kebimbangan ekoran tindakan mengambil-alih dan merobohkan 34 bangunan pra Perang Dunia Kedua di Jalan Sultan Kuala Lumpur bagi member laluan kepada projek ini.
Sesungguhnya jika kita perhatikan Kuala Lumpur semakin kehilangan bangunan-bangunan bersejarahnya terutama yang sebelum Perang Dunia Kedua. Ada pun peninggalan yang masih bertahan adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Stesyen serta Ibupejabat KTMB. Itupun kecuali ibupejabat KTMB yang lain telah banyak diubahsuai sehingga menghilangkan ciri-ciri asalnya.


Usaha meghakis warisan kita paling banyak berlaku semasa Tun Dr M sebagai PM.


Sewajarnya kita melihat secara serius perkara ini. Walaupun kebanyakkan bangunan yang dimaksudkan adalah zaman peninggalan kolonial namun harus dingati anak-anak tempatan terlibat dalam membina dan bekerja di dalam bangunan-bangunan ini.


Memang kamajuan diperlukan walaubagaimanapun janganlah sampai warisan kita dikorbankan atas nama pembangunan itu.




Salah satu contoh bangunan milik Melayu yang masih kekal di Kuala Lumpur adalah Kelab Sultan Sulaiman di Kg Bharu. Di sinilah pejuang-pejuang Melayu bukan hanya dari Umno tetapi juga dari parti-parti haluan kiri dan Gerakan islam pernah berkumpul beberapa kali berbincang dan memikirkan nasib serta masa depan tanah air. Bangunan ini yang saya difahamkan milik kerajaan Selangor juga kurang diberi perhatian (ia juga telah melalui banyak proses ubahsuai sebelum ini sehingga menggugurkan nilai asalnya).
Bangkitlah pertahankan warisan kita. Roslan SMS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular