Saturday, August 20, 2011

Anda ada masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' sila hubungi TV 3


TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN



MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara.

Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu. Baca di sini.


Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3.


Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful;


- Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa?
- Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali?
- Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian?
- Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda?
- Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita?
- Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap?
- Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik?
- Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya?


Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.


Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !!/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular