Monday, August 15, 2011

"Rumah tangga NAJIB" berantakan gara-gara Rosmah?

ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembelian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor .


Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isuisu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno.


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali sendiri ada menyatakan terdapat kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.


Pelbagai isu itu kini menjadi alasan untuk meletakkan Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno-BN yang dikepalai suaminya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Tidak cukup dengan isu cincin berlian RM24.4 juta, Rosmah juga ada dikaitkan dengan isu pembelian beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit; isu penginapan di sebuah hotel mewah di Dubai yang menelan RM140,000; isu bil elektrik dan bil air yang masing-masing mencecah RM140,00 dan RM30,000 sebulan di Putrajaya; isu peruntukan Permata Negara selain penganjuran beberapa persidangan yang disifatkan suatu pembaziran.


Kontroversi lain membabitkan Rosmah juga disebutkan dalam isu hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.
Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisasi atau mafia Rusia.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya pihak yang paling gembira dengan kegemparan isu terkini membabitkan isteri PM itu kerana beliau kini sedang meniti satu lagi anak tangga untuk bergelar PM.


Ia menambah rencah kepada kempen Muhyiddin yang kini cukup rapat dengan golongan pemimpin pertengahan dan berkepentingan dalam Umno mahupun Barisan Nasional (BN).


Mahu atau tidak seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bahawa Najib kini terhimpit dengan masalah yang tercipta dalam rumah tangganya sendiri.


Kedudukan Rosmah yang cukup dipandang meluat oleh rakyat kebanyakan kerana kemewahan yang melampau ditonjolkan menyempitkan ruang Najib untuk bertahan bukan sahaja menjelang pemilihan Umno, tetapi mungkin survival semasa pilihan raya umum ke-13.


Umum mengetahui, telah ada gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Episod ini sedang berjalan seperti mana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menerajui Malaysia dan Umno.


Kelebihan Tun Abdullah adalah seawal beliau menerajui negara dan Umno, nama beliau cukup harum di kalangan rakyat dengan membawa pelbagai konsep baharu termasuk Islam Hadhari, memberi kebebasan sedikit kepada media bersuara dan membuka ruang kepada pembaikpulihan sistem kehakiman.


Itu jasa Abdullah yang sehingga kini disebut juga oleh pembangkang, walaupun akhirnya Abdullah jatuh angkara masalah menantunya, Khairy Jamaluddin.


Berbeza dengan Najib yang memang telah menjadi sebutan ramai sejak memerintah, yang mana anak bekas Perdana Menteri kedua ini tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai “baggage” peribadi yang terlalu besar. DD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular