
MAKA, memang sah sudah tiga `orang kuat' konspirasi fitnah liwat ke atas DS Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk tampil menjadi saksi pembela di dalam kes fitnah liwat II. Setelah Najib dan Rosmah, kini bekas KPN sewaktu kes ini mula muncul iaitu Musa Hassan pula enggan menjadi saksi. Baca di sini.

Musa Hassan pula selepas bersara dan pergi melakukan ibadat Umrah, masakan tidak tahu hukum bagaimana seseorang yang tahu kisah sebenar sesuatu kes mestilah sanggup tampil memberi keterangan agar tiada yang teraniaya? Nampaknya, Musa Hassan seperti takut kepada sesuatu jika beliau tampil di kandang saksi nanti. Begitu kecil jiwa bekas Ketua Polis Negara ini.
Jelas kepada kita bahawa selama ini mereka hanya berani bercakap berdegar-degar di hadapan media sahaja. Tabiat Tun Mahathir nampaknya menurun kepada pemimpin Umno yang sepatutnya berani kerana benar kerana logo keris telanjang tidak bersarung itu melambangkan sikap pahlawan Melayu. Malang sekali, keris tersebut semakin lama semakin tumpul dan akhirnya nanti akan memakan tuan. LR PKR
No comments:
Post a Comment