Jika ditahan, akan dibebaskan dalam masa 2 jam.
Percaya atau tidak, manfaat itu ditawarkan kepada pendatang asing tanpa izin, PATI.
Yang perlu, hanya daftar sebagai ahli kad eksklusif.
Namun, pekung sendiket haram itu dibongkar Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di Johor Bahru semalam.
Sejak beroperasi, sendiket dipercayai mengaut untung jutaan ringgit.
Lebih mengejutkan, syarikat sama didapati turut menjalankan program pendaftaran dan pemutihan
pendatang asing atau program 6P.
Dengan memiliki kad sama, warga asing terbabit juga tidak lagi memerlukan dokumen rasmi seperti pasport.
Setiap pati yang ingin menjadi pemegang kad berkenaan perlu membayar seribu 500 hingga 3 ribu ringgit.
Pemohon juga dikatakan perlu melalui proses temuduga sebelum dibenarkan menjadi ahli.
Namun rasa sangsi warga asing terhadap kad kebal itu membawa kepada serbuan ke atas premis syarikat berkenaan di Bangunan Profesional, Jalan Syed Mufti, Johor Bahru.
Pemilik syarikat, wanita tempatan berusia 50-an ditahan.
Turut ditahan, 3 lelaki warga Indonesia yang sedang mengisi borang kad berkenaan.
72 kad kebal siap juga dirampas dalam operasi itu.
Masri Abdul, Ketua Penguatkuasa Imigeresen Johor: "Saya difahamkan bahawa kad ini seolah-olah pas. Dia berikan satu gerenti, bahawa orang ini tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan pun oleh pihak Imigresen khususnya."
Kes disiasat mengikut seksyen 15 Akta Anti Pemerdangan Orang 2007.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang 500 ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit. tv3.com
No comments:
Post a Comment