Wikileaks dedah 600,000 warga asing diberi kerakyatan untuk mengundi
WikiLeaks juga telah mendedahkan bahawa dalam satu skim yang diperkenalkan pada tahun 90-an, Umno telah memberikan kerakyatan Warganegara Malaysia serta hak mengundi kepada lebih 600,000 warga asing.
Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dikatakan telah memulakan projek haram ini sebelum pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada tahun 1994, bagi membolehkan Umno menguasai Negeri Sabah. Kerja haram ini juga dikenali sebagai "projek Mahathir" [Wikileaks].
Rasanya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui tentang projek haram ini. Jika tidak didedahkan oleh Wikileaks pun, sudah ramai rakyat terutama warga Sabah yang mengetahui hal ini.
Demi mendapatkan kuasa, Umno sejak zaman Mahathir lagi sudah menggunakan taktik pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing. Tun Mahathir, pemimpin yang dianggap paling agung oleh penyokong UMNO ini sudah menggadaikan kedaulatan negara ini sejak dahulu lagi.
Kini hal ini diulangi oleh kerajaan Rosmah Mansor, demi meraih kuasa. Negara ini dijual secara terang-terangan di depan batang hidung rakyat. Sama-sam kita nantikan negara ini musnah, jahanam, dimusnah dan dijahanamkan oleh warga asing! Tahniah!
ReJaM© "Selamat mengundi diucapkan kepada warganegara baru..."
No comments:
Post a Comment