Friday, June 3, 2011

VIDEO BAYI DICAMPAK DARI TINGKAT 5 FLAT

Kebelakangan ini gejala buang bayi telah menjadi satu isu yang membimbangkan seperti telur dihujung tanduk.Gejala ini seolah-olah menyerang negara kita,kes pembuangan bayi menjadi tajuk utama di dada akhbar. Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani,liar dan kurang didikan agama.





Lagi kes pembuangan bayi


GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.

R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.

“Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.

“Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Petikan hmetro.com.my 3 Jun 2011

**gejala ini amatlah serius dan perlukan tindakan segera bagi,memastikan kesinambungan generasi masa depan negara. - LBN


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular