Wednesday, June 1, 2011

Ahmad Maslan: Felda tidak beri tanah kepada peneroka


PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata Felda tidak akan memberi tanah kepada peneroka kerana ia bertentangan dengan prinsip agensi itu ditubuhkan

“Jika Felda berbuat demikian ia tidak adil kepada rakyat lain. Kalau nak beri tanah kita kena adil, kita kena beri kepada semua. Jika kita beri kepada peneroka……kumpulan yang lain pun mahu tanah juga,” katanya.


Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata demikian sebagai mengulas tindakan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengedar borang kepada para peneroka kononnya hendak membahagikan tanah milik Felda Plantations.

Katanya, tindakan tersebut semata-mata untuk mencari publisiti murahan dan gimik politik.

Presiden Anak Mazlan Aliman mengumumkan dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa pihaknya akan mengedarkan borang kepada para peneroka Felda untuk diagihkan tanah.

Sebaliknya, Ahmad berkata, tanah Felda Plantations seluas 330,000 itu sebenarnya milik Felda. Felda Plantations hanya sebagai pemaju dan bukan pemilik, bermakna tidak boleh memberinya kepada peneroka.

Beliau juga menjelaskan 100,000 hektar tanah yang terletak di Sabah tiada bekalan elektrik dan air manakala 300,000 hektar lagi telah dibahagikan kepada generasi kedua, ketiga dan keempat Felda yang seramai 1.6 juta orang dan seorang hanya mendapat satu ekar.

“Saya yakin kalau seorang mendapat seekar mereka akan jual. Kalau begitu habislah tanah orang Melayu. Sebab itu tanah tidak boleh diberi kepada mereka,” tambahnya.

Felda mempunyai tanah seluas 330,000 hektar manakala tanah milik peneroka seluas 500,000 hektar. - FMT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular