![]() |
The EPU Ministers since 2006 |
Dalam isu TNB dengan syarikat IPP dan perletakan jawatan Pengerusinya pada tahun 2006 dahulu merupakan bukti jelas berlakunya penyalah gunaan kuasa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan semasa itu. TNB tentulah menyalahkan EPU yang memasukan elemen-elemen ‘jahat’ di dalam perjanjian itu. Jika kita tanya sesiapa yang mengetuai EPU semasa itu kita boleh andaikan jawapan yang akan diberikan kepada kita, iaitu, ‘kami yang menurut perintah dan jangan salahkan kami’.
Tindakan TS Ani Arope itu mesti kita pandang sebagai satu manifestasi seorang yang bertanggungjawab yang tidak mahu bersekongkol dengan kerja yang boleh dita’rifkan sebagai pembohongan kepada rakyat jelata. Sejak perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah syarikat berprestij itu beliau menyendiri dan tidak nampak lagi bergiat dalam mana-mana organisasi yang melibatkan rakyat ramai.
Tan Sri Ani adalah contoh seorang yang tidak dibenarkan untuk menjaga kepentingan orang ramai; hanya untuk diarah menjaga kepentingan rakan-rakan karib pucuk pimpinan negara. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di TNB tetapi berlaku di banyak badab-badan dan agensi kerajaan yang lain. Menjaga kepentingan ramai merupakan kesalahan besar. Yang selamat dengan jawatan dan tugasan masing-masing hanyalah mereka yang menjaga budaya membentuk ‘cronyism’ serta yang hanya mengangguk seperti burung balam.
Saya percaya dari masa ke semasa nanti rakyat akan tahu satu demi satu isu yang sama berlaku dimana-mana. Akhirnya semua di antara kita akan memahami hakikat yang kemelesetan cara hidup dan politik negara kita disebabkan oleh keadaan masa lalu.
Bak kata perpatah, ‘keruh air di hulu keruhlah air di hilir.’
No comments:
Post a Comment