Tahniah kepada personaliti TV3,Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati yang telah melansungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mei 2011 di sebuah masjid dan mengadakan majlis kenduri kesyukuran 29 Mei di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.
“Percaya atau tidak, kami berdua tidak pernah keluar berdua-duaan dan sentiasa ditemani rakan lain atau ahli keluarga jika ingin bertemu. Malah kami juga jarang sekali berhubung di telefon melainkan ada perkara penting. Selebihnya, proses mengenali hati budi itu hanya berpaksikan komunikasi melalui facebook dan mesej saja. Ia soal perasaan dan rasa percaya dalam hati.
Dia tertarik dengan perwatakan, personaliti dan sikapnya yang menyenangkan dan begitu selesa bersamanya hingga ingin menyuntingnya pada kali kedua pertemuan.
Enggan terus membiarkan ruang peribadinya tersingkap, Fetri yang pernah memberi sentuhan pada lagu Dusta Berkalang dendangan finalis Akademi Nasyid, Aiman, membuka satu perspektif baru dalam sebuah hubungan anak muda sepertinya. Percaya akan prinsip cinta bukan atas dasar maksiat, Fedtri yang merisik bakal isterinya Februari lalu, ingin melayari nikmat cinta selepas perkahwinan.
Lagi gambar
No comments:
Post a Comment