Monday, May 30, 2011

Umno tidak tawar Nik Aziz jawatan menteri


PETALING JAYA: Tidak ada seorang pun pemimpin tinggi Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak membuat tawaran jawatan menteri kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Presiden (DatukSeri  Najib), timbalan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) , setiausaha agung  (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor)  tidak buat tawaran menteri kepada mursyidul am PAS itu.

“Saya juga tidak buat tawaran. Jadi Nik Aziz kena cerita siapa wakil Umno yang jumpa dia. Dia kena beritahu juga jawatan apa yang ditawarkan kepada beliau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS.

Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Perkara ini diceritakan ahli parlimen Pasir Putih, Muhammad Husin. Beliau berkata, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu anak-anak Kelantan Lembah Kelang di Dengkil petang semalam.

Nik Aziz menolak

Bagaimanapun, Nik Aziz menolak kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat.

Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri mengakui tidak tahu siapa wakil Umno yang berjumpa dengan Nik Aziz untuk menawarkan jawatan menteri.

“Kita nak tahu siapa wakil Umno? Adakah betul mereka wakil Umno?

“Tetapi kalau yang jumpa itu wakil Umno kampung dekat rumahnya tidak payah diheboh-hebohkan,” katanya dengan nada sinis.

Ahmad berkata, bagaimanapun, beliau pernah mengeluarkan kenyataan supaya Umno dan PAS bersatu untuk kebaikan orang Melayu.

Katanya, sembilan dari 10 orang Melayu suka kepada perpaduan tersebut.

“Jadi salahkah kalau saya kata PAS dan Umno perlu bersatu,” beliau menambah.

Kerajaan perpaduan Umno-PAS pernah menggegarkan negara dan jadi perbualan hangat di antara pemimpin kedua-dua parti itu.

Bagaimanapun, Nik Aziz membantah menyebabkan isu itu lenyap. - FMT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular